Pages

Monday, November 1, 2010

Duda bertemu si Dara..

Wah tajuk!! Kemain lagi kan..hehe..
Nak cerita sikit kisah satu-satunya pakcik aku iaitu adik kepada mak aku.
Last year in Oktober gak arwah isterinya pergi meninggalkan kami semua.
Dijemput Penciptanya..

Dan setahun selepas iaitu tanggal 20.10.2010 pakcikku ini menikah sekali lagi.
Jodohnya orang sekampung gak. Anak dara u...hehe..dah jodoh kan nak wat camne.
So, aku pun balik utk sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan mereka.

antara barang-barang hantaran dari pihak lelaki..

hantaran dari pihak perempuan

Ya Allah..ramainya tangan2 yg berebut buah2 tu..:D

bersanding tapi xde tepung tawar..just amik gambar sajork..

acara tukar jam tangan..

kami yang sedondon..:D

me...ngeeeeeeee


Choy Tam....

Macam-macam nama yang aku jumpa untuk sayur choy tam nih..
ada yang panggil Baby Kailan..
ada gak yang panggil Baby kobis...
x kira laa apa panggilan pun janji rasa lazat dan rupanya sama..hehe..



sabtu lepas aku ada beli choy tam ni sepeket..byk gak laa..dalam 1/2kg rsnya.
x tau nak masak apa..selalunya goreng belacan atau goreng ikan masin jer..
tapi ikan masin xde..belacan ada tp dah muak plak menu sama jer..
so aku gugel laa..jumpa laa resepi nih...sedap gak..nnt korang cuba laa k...

Baby Kailan with Oyster Sauce...

bahan-bahannya:

Baby kailan
carrot dipotong panjang
cili merah
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dicincang
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
1 sudu kecil nampla sos (optional..xde boleh guna garam ajer)
air
sedikit tepung jagung

cara-caranya:
1. Didihkan air dan campurkan sedikit minyak masak.
2. Celurkan baby kailan seketika.
3. Celurkan carrot.
4. Toskan dan susun dalam pinggan.

untuk sosnya..
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga keperangan.
3. Masukkan air dan sos tiram, kicap pekat dan nampla sos.
4. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk
memekatkan kuah.
5. Masukkan cili merah.
6. Rasakan masinnya. X perlu tambah garam sebab semua dah secukup rasa..
Siappppp!!!!!

hasilnya.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*









Tuesday, September 28, 2010

Rambut Gugur?? Penyelesaiannya.....

Ekceli, aku pun baru lagi guna produk ni. Keberkesanannya padaku masih belum nampak sangat laa kan. Tapi kalau baca review memang semuanya bagus-bagus. Aku pun tergoda setelah bertapa kat satu forum ni. 


Aku ni memang ada masalah keguguran rambut. Tak boleh rambut panjang..Bila panjang jer gugur..Gugur je panjang..eh apa aku merepek daa..:D


So, aku pun cuba laa syampu ni..Seprais!! 1st time guna pun dah boleh nampak hasilnya. Kalau dulu, lurutkan rambut ikut Skala macam Thomas Taw cakap dalam iklan Sunsilk tu..rambut aku sampai skala 10..hihihi.. maknanya mmg senang gugur, tidak kusut.. tapi guna syampu ni selai dua jer laa yg melekat kat jari. tu baru 1st time guna tawww....cuba bayangkan kalau abih sebotol..


Yang best lagi syampu ni buat rambutku lebih lembut dan terurus..Lihat rambutku, cantik kann!! :P


Sebelum ni dah macam-macam syampu aku guna. Semuanya tidak memuaskan hatiku..Kalau x cuci rambut 3 hari pun dah berminyak-minyak jer rasa..tapi syampu ni ok..so far aku pernah x cuci rambut 3hari tp rambut x berminyak sangat pun. 


Dah hampir sebulan aku guna syampu ni..nak tunggu abis sebotol nanti aku review lagi k..:)


Kat sini pun ada review pasal syampu nih....


Korang try laa syampu nih bagi yg ada masalah rambut ni. Cuba cari kat Tesco, Carrefour, Giant atau Guardian. Aku ari tu beli kat Tesco jer..

Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri 2010

Meh nak share gambar raya tahun ni..gambar tak berapa menarik sebab guna kamera henpon jer. tah bila nak angkat kamera pun x taw la..tengah gigih kumpul duit nih.

gambar ayu syok sendiri di rumah..sebelum berangkat ke umah mertua..
suami cakap baju sama dgn kusyen except for the color..jahat sungguh..;p


dengan chenta hatiku...:D

bersama ibu mertua...

it's me..ehehe..clear skit no..nampak segala parut kat muka..huhuhu
nak tunjuk tudung sebenarnya tu..ekekeke..

gigih aku membeli baju sama kaler dgn suami..nasib baik jumpa. ;)

Monday, September 20, 2010

Salam Aidilfitri 1431H





Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang 
Bermaaf-maafan sesama kita




Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya



Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan



Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban



Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya



Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira


Selamat Hari Raya Aidilfitri dariku buat semua rakan taulan, sahabat handai, saudara mara semua..Semoga Aidilfitri kali ini mengeratkan lagi silaturrahim antara kita..
Related Posts with Thumbnails