Pages

Showing posts with label Cooking... Show all posts
Showing posts with label Cooking... Show all posts

Monday, January 3, 2011

Masak-masak, Makan..makan..makan..

Selalunya weekend jer laa aku ni rajin nak masak. Kadang 3/4 ploh jenis lauk laa.. Padahal makannya untuk 2orang jer. Kalau ada danish pun lauknya balik-balik sup..pegi pegi sup..wakaka..


Ni lauk aku masak wiken ari tu..eh bukan..hari jumaat yg diisytiharkan cuti umum kerana malaysia menang tu kan.

choy tam goreng ikan masin..


sup ketam pulau carey..belian terakhir..sob sob sob...:(


sambal kicap...mkn dgn sup ketam tu..



 crispy fried chicken..ayam ni digoreng dengan tepung bestari..


haa..ni dia tepungnya..b4 goreng tu kena perap dulu dgn tepung ni.
bancuh tepung ni mcm nak goreng pisang tu..masukkan ayam 
then perap dalam 30minit. bila nak goreng tu salut dengan tepung semula..
sedap wooo..rs mcm kepsi gak..murah jer pun tepung ni.
sekilo dalam rm6.50 gitu. tapi aku dah jumpa yg lebih murah dari ni..




Wednesday, December 8, 2010

Masak-masak..jom makan...

Hari ni plannya x nak masak..sbb hubby ckp dia nak balik umah mak dia mungkin ada main futsal dgn kengkawan dia...So, aku pun blk keje singgah tesco beli ayam & sayur mayur skit untuk stok wiken ni. Sampai umah pun dah jam 6ptg. Belum solat asar lagi nih..trus zasssss masuk bilik air dan mandi utk solat. 
Lepas mandi keluar dari bilik air jer terus nampak sesusuk tubuh lelaki. Kamjat (terperanjat) aku sebab dia pun terkejut gak...menjerit aku tadi...hahahaha...siot jer hubby nih. 


Nak x nak kena masak laa sbb hubby dah blk kan..So, terus pikir menu.. Nasib baik beli ayam tadi..klu x, nasi berlaukkan telur jer laa kot...eh sedap gak kan..sekali sekala lauk simple gitu.. 


Akhirnya, aku decide masak sambal ikan bilis, sayur kobis dan caramelized chicken wing. Ikan bilis byk sebab beli kat pangkor 2 hari lps. oh ya, entry pangkor x karang lagi. Nanti2 laa tunggu mood datang..:)

sambal ikan bilis garing....

saja masal garing-garing gini..leh bwk skool esok..
skrg ni cuti sekolah ssh nak lunch sbb kantin tutup..
ada gerai kat sebelah skool tu tp limited plak..
ada goreng2 jer tu pun nasi dan mee kuning..
aku x brp suka sgt mee..

sayur kobis 

caramelized chicken wings...



sangat sedap...senang jer nak masak ni. 
ekceli aku dah masak semalam..
pastu cam x cukup plak sorang seketul jer makan..
tu yg singgah tesco beli kepak ayam 4 ketul tambah dengan 2 ketul dari sekor ayam..
jadi laa 6 ketul..



hubby: ni masak apa?
aku: nape?sedap ker? (aikk, soalan dibalas soalan nih)
hubby: takkkk..
aku: huh...(sambil menjeling kat hubby)
hubby:  haa..masak apa nih?
aku:masak madu......
hubby: oo...yg mcm kat psr mlm or kat gerai2 tu ekk..
aku:aah...tapi yg ni goreng sbb xde oven nak bakar..
(berharap hubby belikan oven)

dalam x sedap tu 4 ketul hubby makan..aku dpt 2 ketul jerk..
jadi la kan..bak kata orang 'hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah'..(tetiba)..
hahaha...

Monday, November 29, 2010

Homemade Tomyam Paste



Hari Isnin lepas aku terlebih rajin plak..
Sempat sediakan pes tomyam sendiri.
 resepinya ku amik dari internet tapi x ingat plak linknya...

Bagi yg rajin tu boleh laa buat sendiri. 
Ni sebab dah terlebih rajin tu yg buat tu.. 
Kalau x, seminggu dapur tu x berasap..wakakaka....

Cara-caranya....

1)  Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis


2) Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.

3) 3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
patutnya udang kering diblend tp aku malas..so tumbuk jer laa...



4) Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.



Hasilnya....



Resepinya..

PES TOMYAM
Bahan-bahan
3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat
1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.


Tuesday, November 9, 2010

Ayam Penyet Nyum..Nyum..



Sabtu lepas gigih aku memasak ayam penyet sebab teringin sangat nak makan. 
Ayam tu aku ikut resepi dalam internet. Cari yang paling senang. Hehe.. 
Sambalnya plak aku ikut resepi Syerah Omar. 
Sedap sangatt...perasan tul aku ni kan..:D

So, hasilnya....

*
*
*
*
*
*
*
*

*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*




Ekceli ni nasi ayam biasa tp sambal dan ayamnya laa ikut resepi ayam penyet.
Kalau nasi ayam penyet asli mesti ada kacang panjang dan tempe sebagai ulamannya kan..
Layankan aje laa sbb x cukup bahan...hehehehe


Monday, November 1, 2010

Choy Tam....

Macam-macam nama yang aku jumpa untuk sayur choy tam nih..
ada yang panggil Baby Kailan..
ada gak yang panggil Baby kobis...
x kira laa apa panggilan pun janji rasa lazat dan rupanya sama..hehe..



sabtu lepas aku ada beli choy tam ni sepeket..byk gak laa..dalam 1/2kg rsnya.
x tau nak masak apa..selalunya goreng belacan atau goreng ikan masin jer..
tapi ikan masin xde..belacan ada tp dah muak plak menu sama jer..
so aku gugel laa..jumpa laa resepi nih...sedap gak..nnt korang cuba laa k...

Baby Kailan with Oyster Sauce...

bahan-bahannya:

Baby kailan
carrot dipotong panjang
cili merah
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dicincang
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
1 sudu kecil nampla sos (optional..xde boleh guna garam ajer)
air
sedikit tepung jagung

cara-caranya:
1. Didihkan air dan campurkan sedikit minyak masak.
2. Celurkan baby kailan seketika.
3. Celurkan carrot.
4. Toskan dan susun dalam pinggan.

untuk sosnya..
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga keperangan.
3. Masukkan air dan sos tiram, kicap pekat dan nampla sos.
4. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk
memekatkan kuah.
5. Masukkan cili merah.
6. Rasakan masinnya. X perlu tambah garam sebab semua dah secukup rasa..
Siappppp!!!!!

hasilnya.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*









Sunday, February 14, 2010

Cooking time!!

Oh no..lamanya x update blog..me not in the mood to update but tgk mcm bosan jer kan..tu yang take this opportunity to update..

So hari ni nak citer pasal memasak laa..Me not a good cook. Seriously..tapi disebabkan minat tu ada so browse laa kat internet apa2 resepi yang menarik untuk dicuba. So, hari ni mood rajin datang. So, menunya ialah..jeng..jeng..jeng..


nasi planta..

acar timun


ayam masak merah


dalca

ok laa kot for first timer..serious me mmg jarang masak guna santan.dah hampir 5 tahun kahwin rasanya ni kali ke-5 masak menggunakan santan..selebihnya mmg masak yang simple2 jer since hubby jenis yg x cerewet sangat pasal makan ni...Alhamdulillah..




Saturday, February 13, 2010

Masak-masak

Cuti yang panjang ni sah2 la kena masak kan. Takkan duduk umah nak makan biskut jer..hohoho..mau berbunyi-bunyi perut ni kan. So menu hari ni simple jer..

ayam madu..guna perencah ayam madu Maggi jer..

tomyam ayam..

brokoli

sambal belacan

ari tu ada post status menu ni kat FB and ada yang komen 'banyakknya ayam'..kenapa ayam? haa, jawapan me senang jer..klu pegi beli ayam boleh terus suruh orang tu potong kecik2 kan.. klu beli ikan macam kat econsave, atau pasar time ramai org mmg xde servis siang ikan ni..cuma kat tesco jer yg ada servis siang ikan ni. me memang dah jarang sangat membeli belah kat tesco ni. So, ayam jer jadi pilihan. Nak siang sendiri ikan2 tu mmg laa byk penyakit M jer sekarang ni..hehehe..




Related Posts with Thumbnails