Pages

Showing posts with label Career. Show all posts
Showing posts with label Career. Show all posts

Friday, July 15, 2011

I'm back.....

Salam all..

Ya Allah...lama sungguh x update blog ni...terima kasih pada yg rajin singgah blog ni walaupun xde update.. 
since june ari tu memang bz dgn skool..every saturday ada program kat skool untuk sebulan berturut-turut..
ramai cikgu merungut..ya laa kan bukan x bersyukur dgn rezeki yg Allah kurniakan tapi kita ni manusia biasa  gak perlu rehat yg cukup..

ebendo keje setengah hari pun tp penatnya mcm keje 24jam full day ok...apa taknya..dok menjerit2 bagai dalam kelas, dgn kerenah murid2 yg mmg menguji kesabaran setiap hari..mau x nya penat...rsnya lebih penat dari keje kat buruh binaan kot...hahaha...

tu blum lg kena hambat students yg dok keluar masuk kelas...aiyooo serupa petting zoo dah skool ni rsnya.. dgn yg terjerit2, terlompat2 mcm kera..fuhhhh serius rs nak quit tp dlm keadaan ekonomoney ni mmg x leh nak berhenti dan skrg ni pun susah skit nak cari keje lain kan..so redah ajer laa..bertabah lah...inshaallah moga ada rezeki yg lebih baik akan tiba..yg penting usaha, doa dan tawakkal.....ameen..

daaaaaaaaaa....


Friday, January 14, 2011

Super Bz Mode



Aiyooo..bz laa sangat kan..tp yup mmg bz. Sejak jadi ticer ni bz dia lain macam. Walaupun mengajar sesi petang tapi penatnya sama macam keje full day. Sebabnya kena turun naik tangga sampai tingkat 3 tu. tu yang penat sangat tu. Dengan sakit tumit dan betis tu usah cakap laa kan. ok enough on merungut. hehehe...

Sekarang ni aku jadi Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT) kat sebuah sekolah menengah di Port Klang. Aku kena mengajar matapelajaran Sivik, P.Moral dan P. Seni.. Pening gak nak mengajar subjek2 ni. dengan lesson plan lg nak kena siapkan b4 class.. tapi takper ini satu cabaran buatku. Tu belum lagi dengan students yang majoritinya Chinese. Uiiiii..pening wooo..sakit jiwa kadang dibuatnya.. Tapi prinsip aku keluar jer dari pintu pagar sekolah, leave all the stress and everything there. Balik rumah dengan senyuman dan tenangkan hati lapangkan fikiran. takmo stress2.. Insyaallah everything will be ok...

Ok laa...wiken nanti aku update blog k.. Insyaallah..hari ni ada interview jam 10pagi.. Wish  me luck...

Tuesday, January 4, 2011

Alhamdulillah..rezeki tahun baru





Pagi ni aku dapat call dari sekolah minta aku datang lapor diri sebagai Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT). Aku pegi interview GSTT ni bulan 11 ari tu. Alhamdulillah x sangka boleh dapat. Semasa sesi interview dulu seingat aku ada 2 orang panel, seorang lelaki dan perempuan. Panel tu tanya pengalaman kerja. Pastu dia tanya kalau dihantar mengajar ke sekolah menengah subjek apa yang aku nak ajar. Mula-mula aku cakap Math dan BM. Dorang suruh pilih salah satu..so aku pilih BM laa..senang nak ngajar.


Aku diberi masa 2 minit untuk mengajar..Andaikan dorang tu murid laa..Kelakar jugak aku rasa tapi smeua tu dah berlalu. Sekarang ni dah berjaya dalam interview. So, tanggungjawab semakin berat rasanya. Tapi, aku jadikan ini satu cabaran. Insyaallah, moga semuanya berjalan lancar..Amin..



Wednesday, December 29, 2010

Kenangan Terindah 2010

Minggu ni minggu terakhir aku berkhidmat di SKSJ ni. Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup dan melalui pengalaman pahit manis sepanjang bergelar Fasilitator Schoolnet ni. Sedih..sedih...sangat sedih untuk meninggalkan jawatan aku ni tanpa penggantinya kerana kontrak kerja ni tak disambung. So, rasa macam ralat skit laa sbb byk plan yg akan tertangguh nanti.


Namun, aku tau ada hikmah di sebalik semua ni. Insyaallah, mudah-mudahan yang pahit itu akan manis akhirnya. takmo citer panjang pasal sedih2 ni..so layan aje laa gambar2 bawah ni k..




ni dengan cikgu pra sekolah...cikgu neng emiliah..
masih single uols..sape2 yg ada abang adik boleh laa rekemen..
hahahaha


yg ni dengan ustazah 
gedik betul lak gambar aku ni...kahhh


ni dengan PPM( Pembantu Pengurusan Murid)
Pembantu Cikgu Pra...Shikin Ali namanya..
haa single lagi ni..*wink wink


5 of us...
dari kiri: Cikgu Shikin, Ustazah Rodziah, Shikin, Cikgu Neng dan me...ngeeee


6 of us..
Tambahan Pn Zainon (PK HEM) yg sebelah Cikgu Shikin tu..


all of them..sob..sob..sob..

Duduk dari kiri : Neng, Khairul Azhan, Zamri (PK Ko-Ku), Cikgu Eawan Johan (PK 1), 
Cikgu Nizamuddin (GB Hot..hahaha), Pn. Zainon, Cik Norazurah, Cikgu Shikin, 
Cik Marlina

Berdiri dari kiri: Shikin Ali, Ustazah Rodziah, Cikgu Faisol, Ustaz Azhar, Cikgu Fauzi, Cikgu Hazambi, Amirul Ashraf, Fikri, Ustaz Shahrulazam, Cikgu Shafie, Cikgu Maisita & Pn Azlina..

Related Posts with Thumbnails