Pages

Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Bila danish meniru gaya



Salam semua..

Wah lamanya x update blog ni.terima kasih kepada yg sudi kunjung walaupun xde citer terbaru.

Sekarang ni mood nak update x dtg2 lg. X tau la bila nak ada. Lagi pun kekangan masa gak la..even mengajar petang but pagi biasanya kemas umah la, masak la, menjahit la..(Tipu). Hehehe..

Btw, tgk la aksi si danish tu bila meniru gaya dalam gambar kat mcd. Masa ni minggu lps aku kuar berdua je dgn dia sbb suami pegi ipoh ada friendly bowling dgn cawangan ipoh.

Mula2 aku perasan gak bila dia dok perati gambar mcd tu.sekali tu dia ikut plak buat gaya budak tu. Hahaha..mcm2 akal dia skrg ni.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, February 23, 2011

Macam-macam Kerenah..

Assalamualaikum....

Dah lama x update blog. Bersawang dah aku tengok..Terima kasih pada yg sudi jenguk blog ni. Sorry x sempat update. Bizi laa..Kat skool memang x sempat laa kan walaupun ada wifi. Sebabnya even byk gak waktu free sejak dapat jadual baru ni tapi macam-macam nak kena settlekan. huhuhu...

Okeh..ni nak cerita skit kerenah anak2 murid aku. Apa ke hei nya yop...ce citer ce citer...hahahaha...

Kisah 1

Aku: Mana lagi yang lain ni?
Murid A : oh..ramai cuti cikgu..semalam sembahyang (pelajar cina jwb - hari ke7 selepas cny)
Aku: Semua boleh tidur ke semalam?
Murid B: saya boleh tido cikgu..(sambil ckp hokkien dgn kwn dia) macam KHINZIR..(sambil buat gaya tidur)
Murid C: cikgu...dia BABI...
Aku : senyum....(nak tergelak pun ada tapi kontrol)..wakakakakaka

Kisah 2

Aku: Ok...untuk perayaan tahun baru cina kamu, apa yang kamu buat sebelum perayaan?
Murid A : beli makanan bla bla bla..dinner bla bla bla....
Aku : ok lagi...selain daripada itu?
Murid B : cikgu, main BOM!! 
Aku : hah!! BOM? bukan laa...hebat kamu kalau main BOM..
Murid B: eh salah cikgu...main itu RACUN..
Aku: bukan RACUN laa tapi MERCUN..
Murid B: haa itu mercun cikgu..

hahahahaha...adeh laa.mercun pun x tau sebut..

Kisah 3

Aku: Brandon, rumah kamu blok mana?
Brandon: mana boleh bagi tau...
Aku: Kenapa?
Brandon: hmmm...SERIOUS maa.....
Aku: (senyum kelat)

hahahaha..sebenarnya dia nak cakap SECRET....tapi x tau nak sebut...

macam2 lagi laa kerenah dorang ni...memang kadang-kadang lawak giler tapi SELALUNYA boleh buat my blood go upstairs wooo....huhuhu

Friday, January 14, 2011

Super Bz Mode



Aiyooo..bz laa sangat kan..tp yup mmg bz. Sejak jadi ticer ni bz dia lain macam. Walaupun mengajar sesi petang tapi penatnya sama macam keje full day. Sebabnya kena turun naik tangga sampai tingkat 3 tu. tu yang penat sangat tu. Dengan sakit tumit dan betis tu usah cakap laa kan. ok enough on merungut. hehehe...

Sekarang ni aku jadi Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT) kat sebuah sekolah menengah di Port Klang. Aku kena mengajar matapelajaran Sivik, P.Moral dan P. Seni.. Pening gak nak mengajar subjek2 ni. dengan lesson plan lg nak kena siapkan b4 class.. tapi takper ini satu cabaran buatku. Tu belum lagi dengan students yang majoritinya Chinese. Uiiiii..pening wooo..sakit jiwa kadang dibuatnya.. Tapi prinsip aku keluar jer dari pintu pagar sekolah, leave all the stress and everything there. Balik rumah dengan senyuman dan tenangkan hati lapangkan fikiran. takmo stress2.. Insyaallah everything will be ok...

Ok laa...wiken nanti aku update blog k.. Insyaallah..hari ni ada interview jam 10pagi.. Wish  me luck...

Friday, January 7, 2011

Life is all about



Life isn't about keeping score. 
It's not about how many people call you and it's not about who you've dated, are dating or haven't dated at all.
It isn't about who you've kissed, what sport you play, or which guy or girl likes you.
It's not about your shoes or your hair or the color of your skin or 
where you live or go to school.
In fact, it's not about grades, money, clothes, or colleges that accept you or not.
Life isn't about if you have lots of friends, or if you are alone, 
and it's not about how accepted or unaccepted you are.
Life just isn't about that.



But
Life is about who you love and who you hurt.
It's about how you feel about yourself.
It's about trust, happiness and compassion.
It's about sticking up for your friends and 
replacing inner hate with love.
Life is about avoiding jealousy, overcoming ignorance, 
and building confidence.
It's about what you say and what you mean.
It's about seeing people for who they are and not what they have.
Most of all, it is about choosing to use your life 
to touch someone else's in a 
way that could never have been achieved otherwise.
These choices are what life's about.

Tuesday, December 28, 2010

Minah Arab Celup

ekekeke...korang jgn gelak ya...aku ni perasan jer..konon nak jadi minah arab...kahkahkah..
sibuk pakai shawl ala2 minah arab tu....heee...perasan lawa laa konon...

sejak dua menjak ni giler pakai shawl plak..
padahal tahun dpn dah x keje tu...uhuk2..sedey rsnya...
okeh..takmo sedih2.
kt citer psl gambo ni..

ni aku pakai shawl cotton spandex kain mcm ala2 t-shirt tu..
best tapi berat...



ni plak pakai shawl cotton rsnya..
kain ringan jer...



ini pun shawl cotton gak..ringan dan best..
aku suka pakai cotton jer sbb senang nak bentuk..
kalau chiffon tu licin bila mkn time kunyah tu mesti
bergerak2 tudung..eiiii x sukanya...




amacam..ada gaya minah arab celup x??ekekekekeke




Monday, December 27, 2010

Percutian ke Pulau Bajet.....Pulau Pangkor Part 1



Bajet laa sangat kan...Ekceli memang dah plan lama tapi sempena cuti Awal Muharam baru dapat pegi. Itu pun pegi dengan family belah makcik suami aku...Suppose kitorang konvoi dengan 8 buah kereta tapi pagi hari kejadian tu kitorang bersiap lambat sebab mlm b4 tu suamiku ada bowling tournament dgn staff unit dia..sampai umah pun dah nak kul 12...tu yg lambat skit aku bangun, masak dan siap2..janji dengan maklang katanya kalau dah sampai kapar dia akan call...sekali tu kitorang dah sampai pantai remis baru dia call..kitorang teruskan aje laa perjalanan..lagi pun ada bawak bekalan makanan so xde laa rasa lapar dan x perlu nak berhenti mana2..

kitorang pegi ni dengan pakej...aku x tau laa brp harga pakejnya tapi aku kena bayar rm200 utk 3 hari 2 malam.. kitorang stay kat Uptown Faez Management Hotel...gitu laa namanya..aku x ingat sgt. 
Resort ni kat Pasir Bogak. 


okeh..ni gambar dalam feri...



ni dah sampai kat jeti pangkor..
tengah tunggu beberapa org yg x naik sama feri dgn kitorg..
tp bila call rupanya dorg dah sampai dulu..


hari pertama iaitu hari sabtu tu kitorang check in dalam kul 3 gitu.
sorry gambar bilik x sempat amik sbb kepenatan. 
bayangkan laa bilik kitorg atas bukit.
 kena naik tangga mengangkut beg2 dan si danish ni..
jenuh woo...tercungap2 aku dan suami...

hari pertama tu kitorg x kemana-mana..
lps check in, rehat kejap sbb hujan..
pastu petang tu pegi mandi kat pasir bogak tu jer..
makan2 pastu malam layan bola Malaysia lawan Thailand online..
sadis sangat dalam bilik xde TV.

haa ni gambar si danish..punya laa mengantuk..
tapi x nak tido baring..aku pun x tau nape..
puas dah aku suruh baring tetap dia bangun semula..



akhirnya.....

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^



ini laa kesudahannya... 
ekeke...haru tul tgk dia tido gini..
sian pun ada..















Wednesday, November 10, 2010

Jalan-jalan Naik Komuter..



Hari Deepavali iaitu Jumaat lepas aku dan hubby decide nak bawak si Danish jalan-jalan naik komuter. Dia x pernah lagi naik komuter nih...Kebetulan pulak kakak ipar datang dengan anak-anaknya. So, kami ajak dorang sekali join. Jadinya, kami berenam laa pegi..X jauh pun perjalanannya. Naik dari Telok Gadong ke Port Klang jer sebab dah petang sangat. 




menunggu ketibaan komuter...

ok..jom kita masuk..

si kecik ni takut sebenarnya..1st time naik komuter..haha
muka cuak giler tu...

 stesen komuter port klang ni betul2 tepi laut..
so, ni kawasan persatuan nelayan...

 nape ni mia???

 gambar atas landasan ketapi...:D




 ni tunggu nak naik komuter..amik peluang snap jap..

 mia dan adif.

 muka selebet.=p




 both of us..hubby suka buat muka gitu.spoil gambar jer..:-S


 wah masing-masing kemain lagi klu berjalan dan posing...


ni laa komuter yg kami naik utk balik....


 eh! silap masuk coach ni...coach wanita jer ni..:D


jom tgk pemandangan luar.. 


 eh sukanya si kecik ni time balik..dah berani laa tu..




 eh..buruk sopan no minah ni posing..=p

lg sekali posing yg sungguh tidak seksi sopan..


ok..dah sampai umah...jom blk...


sampai jumpa lg.... 





Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri 2010

Meh nak share gambar raya tahun ni..gambar tak berapa menarik sebab guna kamera henpon jer. tah bila nak angkat kamera pun x taw la..tengah gigih kumpul duit nih.

gambar ayu syok sendiri di rumah..sebelum berangkat ke umah mertua..
suami cakap baju sama dgn kusyen except for the color..jahat sungguh..;p


dengan chenta hatiku...:D

bersama ibu mertua...

it's me..ehehe..clear skit no..nampak segala parut kat muka..huhuhu
nak tunjuk tudung sebenarnya tu..ekekeke..

gigih aku membeli baju sama kaler dgn suami..nasib baik jumpa. ;)

Wednesday, June 9, 2010

Wedding Of The Year...

Last week hari Sabtu ku pegi jemputan kenduri kahwin sepupu suami iaitu Siti dan Iwan. Wedding ni diadakan waktu malam di dewan SJK(C) Pandamaran. Majlis bermula jam 8.00 malam. Kitorang sampai dewan around 8.30pm macam tu. Dek kerana konvoi dengan atuk suami dari rembau yang rabun malam makanya kena laa drive 60km sejam jer..uishh..laju laa tu kan..ehehe..

Hubbyku cakap ku ni perasan suka amik gambar sendiri..perasan lawa katanya tapi sebenarnya lawak..huhu..Tengok jer laa gambarku ini yang diambil sendiri..hehehe..


Opss..yang di pangkuanku itu anak buahku..Danish namanya..ku memang amik dia every weekend tido kat umah..yang ni next entry laa citer..

Masa ku tengah makan kat dalam dewan tu tetiba dengar bunyi mercun kat luar.. Suruh hubby pegi tengok dan dia cakap dorang bakar mercun menandakan pengantin dah tiba. Wah..memang laa grand kan..

So, lepas ku makan pengantin pun dah berada di pelaminan angan mereka. Sungguh berseri-seri bagai pinang di belah ...... hmm..ikut suka laa nak belah berapa pun kan..hikhikhik...

They were meant for each other..

Lama jugak laa ku duk kat situ since dewan besar dan meja pun banyak. Tak berebut-rebut dengan orang yang baru sampai kan. Dan makanannya pun memang sedap. Main course ialah nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging, dalca dan sayur nenas. Side dishes ada bubur jagung, ABC (haa yang ni memang dari awal majlis sampai ku nak balik masih ramai yang beratur nak amik..huhu), Soto ayam, mee rebus, kuih-muih dan buah-buahan. Memang kenyang laa makan malam tu.

Sian pulak ku tengok si kecik ni..Gara-gara diberi ubat selsema dan demam sebelum datang majlis ni dia bad mood jer malam tu.. Asyik nak berdukung jer..Pulak tu, x kisah siapa-siapa pun yang nak amik dia on jer..


Sebelum balik tu sempat laa bergambar bertiga-tigaan dengan hubby dan si kecik tu. Wah sedondon gitu haa..ehehe..baju tu ku cari semata-mata untuk wedding ni laa..Gigih tu..sebabnya dah tak ada baju yang cun untuk dipakai..haihh..ini laa perempuan..

haa..gambar ni bukan amik sendiri laa kan..hehe..

Selamat Pengantin Baru Siti dan Iwan.
Selamat menempuh alam rumahtangga dan semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa.





Thursday, March 4, 2010

Panas.....panas..panas...

Lately, cuaca sangat laa panasnya..Even duduk dalam aircond pun  x terasa pun kesejukkanya. Hari ni dari start keje jam 8pagi sampai jam 12pm baru laa boleh keluar dari bilik. Sebabnya, awal2 pagi check RAM CPU yang rosak ari tu. Dah tukar RAM, monitor plak x detect. Kuar mesej 'No Signal Power'. So, assuming that the MOBO dah rosak. Hmmm..esok baru nak jumpa Ustaz (Guru ICT) untuk bagi report.

Tak lama lepas tu, Cikgu Eawan pulak datang bagitau borang PROTIM yang didonlod semalam x boleh link formulanya. Google punya Google, cari punya cari, last resort ialah buat borang baru. Nasib baik 1 borang jer klu 5/6 borang mau kul 6 baru balik. Dah settle masalah cikgu Eawan, datang pulak Guru Besar minta tolong download assignment dari emel dia. Actually bukan dia suruh me buat tapi minta me tunjukkan. So, me tunjukkan laa..End up kul 12 baru laa bleh pegi makan. K.ita (pengusaha kantin) ingatkan me xde cuz x dtg2 mkn pun kan.. hehe..

Tapi..jam 12 lebih lps makan GB panggil me semula..banyak lak assignment dia yang belum didownload.. akhirnyaaa..me jugak yang kena settlekan download tu. GB cakap dia nak datang malam ni untuk siapkan assignment dia tu. Sian gak kat dia cuz kat umah dia coverage broadband x berapa OK..hmmm nak wat camne kan..dah duduk kat pedalaman ni memang laa internet is one of the problem.



Tuesday, March 2, 2010

Cuti yang tidak 'cuti'

Kenapa lak cuti yang tidak 'cuti'?? Hehe..mana taknya..hubby nak pegi keje kena kejutkan dia...dah tu kita lak yang tak boleh tidur dah lepas tu. Lepas hubby pegi keje me terus mandi dan bersiap-siap balik rumah jap sebab x bawak jeans. So, merempit jer balik botanik jap amik baju. Balik dari botanik siapkan jahit manik baju officemate hubby.

Jam 2pm baru pegi klinik pandamaran. Nasib baik ada makngah hubby yang merupakan bidan kat situ. So, amik kesempatan laa dapatkan turn awal masuk jumpa doktor. Dalam kul 3pm dah settle semua. MIL ajak pegi Econsave cari lauk. Balik dari Econsave MIL ajak pegi tengok perabot plak. Huhu..kepenatan dan kepanasan. Itu laa yang dikatakan cuti yang tidak 'cuti'....




Pemergian yang pasti...

Kehidupan di dunia hanyalah sementara. Yang hidup pasti mati. Tidak akan lewat walau seminit pun. 15hb Februari jam 5.00 petang,me dapat call dari makcik bahawa pakcik hubby yang dipanggil Ateh Helen akan menjalani dialisis kerana kegagalan buah pinggangnya berfungsi dengan baik. Setengah jam kemudian, me dapat call semula yang Ateh Helen dah tidak sedarkan diri kerana jantungnya terhenti ketika menjalani dialisis tersebut. Me dengan hubby bergegas ke HUKM dan sampai di sana jam 7pm.. Ketika sampai di wad, me tgk nurse tengah bantu Ateh bernafas dengan mengepam oksigen. Nampak keadaannya agak lemah. Menurut nurse tersebut, Ateh akan dipindahkan ke wad ICU.

Jam 7.30pm (lebih kurang laa), Ateh dipindahkan ke wad ICU di tingkat 2. Hampir 2jam kami menunggu di luar wad. Lebih kurang jam 9.30pm, doktor memanggil isteri dan anak Ateh. Tak lama kemudian, makteh keluar dan doktor menyatakan Ateh tiada harapan untuk sembuh dan meminta kami berdoa semoga dipermudahkan segalanya. Kami bergilir-gilir masuk ke wad untuk membacakan Yassin. Lebih kurang jam 10.45 me dan hubby mohon beransur balik kerana telah lama di situ dan kepenatan. Sampai di perkarangan hospital, kami berborak dulu dengan pakngah. Tidak lama kemudian, pakngah menerima sms yang berbunyi dari nombor yang tidak dikenali "Naik sekarang!". Hubby call no tersebut dan sepupu hubby yang jawab memaklumkan Ateh sudah nazak. Kami bergegas naik dan sampai di tangga nak ke wad hubby dapat call menyatakan Ateh telah tiada. Terduduk hubby dan dia menangis. Me menenangkan hubby dan mengajak beliau naik dahulu.

Sampai di wad, suasana pilu menyelubungi semua ahli keluarga dan me dapat rasakan kehilangan yang betul-betul menyentap jiwa semua. Aku bergegas masuk untuk melihat jenazah. Air mata tidak henti2 mengalir dan kehilangan ini betul2 dirasai. Me menelefon ibu mertua memaklumkan berita tersebut. Kami meminta diri untuk pulang ketika jam hampir menunjukkan 12.00pagi. Jam 4.00 kami bertolak balik ke kampung di Rembau untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah. Alhamdulillah jenazah selamat dikebumikan sebelum Zohor. Me dapatkan surat kematian Allahyarham dan sebab-sebab kematian adalah "Advanced Pancreatic Carcinoma with complication". Memang itu yang kami sangkakan dari awal lagi.

Ada suatu perkara yang sangat benar dan semua orang tahu dan beriman bahawa ia benar namun terlalu ramai orang yang mendustakannya setelah beriman dengan kebenarannya. Apa dia?? Itulah dia MATI. Kalau kita beriman dengan benarnya kematian, sudah tentu kita amat takut untuk melakukan maksiat malahan membuang masa juga tidak sanggup kita lakukan. Mengapa? Sebab kita tidak tahu bila kita akan mati. Cukupkah bekalan kita untuk ke akhirat nanti. Apa kita nak jawab di hadapan Tuhan dengan seciput bekalan yang kita bawa?? Bayangkan pula kalau mati menemui kita sewaktu kita sedang sedap melakukan maksiat dan membuang masa. Nak jawab apa depan kamera Tuhan?? Na'uzubillahi min zalik.

Harapnya kita tidak tergolong di kalangan orang yang mendustakan MATI. Kalau sudah dibangkitkan kelak, kita sudah tiada peluang lagi untuk kembali ke dunia.

Semoga roh arwah Helen bin Md Jusoh aman di sana dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..Amin..

Sunday, February 14, 2010

Kerja baru, pengalaman baru

setelah meninggalkan 2009 dengan berbagai kisah suka duka dan segala macam masalah yang dihadapi akhirnya tiba ke tahun 2010 yang diharapkan membawa kegembiraan, kebahagiaan, kejayaan dan segala-galanya..insyaallah.. Setelah kontrak perkhidmatan di HASIL ditamatkan pada 31/12/2009, alhamdulillah seminggu selepas itu ditawarkan bekerja sebagai Fasilitator Schoolnet secara kontrak selama setahun. Syukur dengan kurniaanMu, Ya Allah... Mulanya ragu-ragu gak nak terima tawaran ni cuz x tau sekolah tu macam mana tapi peluang hanya sekali kan. So, me takes this opportunity as a big challenge.

SK Sungai Judah (A), Pulau Carey..Apa itu (A)? Hehe..mcm one of the KPLI teacher said to me..klu ada A, mesti ada B..tapi silap sebenarnya..cikgu tu pun macam x percaya dan tertipu..sebenarnya A itu ialah ASLI.1st impression masuk sekolah ni..mmg terkejut gak dengan suasana sekolahnya..suprisingly, ada student darjah 6 yang masih belum mampu menguasai 3M (Membaca, menulis, mengira)..Klu Darjah 6 masih x boleh 3M, macam mana nak jawab soalan UPSR? hmm...harus difikirkan cara mengatasinya.

Me pun terfikir-fikir bagaimana nak adakan kelas komputer untuk pelajar2 sekolah ni dengan kemudahan yang serba kekurangan walaupun line Schoolnet ok tapi makmal xde..komputer yang boleh digunakan cuma ada dalam 3 jer..me pun kena duduk dalam bilik pemulihan. Bila ada kelas selalu laa tergelak sorang2 tengok dorang belajar..yang paling me ingat.. D.a Da, D.u Du..bunyinya DIDU...hahahaha..tapi dorang memang comel2..tgk muka jadi kesian..mmg nak sangat bantu dorang tp klu dorang xde inisiatif untuk majukan diri susah jugak kan..

So far, dah buat 2x kelas untuk darjah 1..itu pun bagi dorang mewarna gambar2 komputer..cuma 2nd class ari tu ajar dorang komponen komputer macam mouse, monitor, keyboard..so far ok laa..lps ni kena nak bagi dorang lebih kenal lagi komputer tu. xde laa mcm katak di bawah tempurung kan..

ok laa..enough tentang keje laa...nanti klu ada yg menarik kita masukkan entry baru k..enjoy my latest pics..

auwwwwwww...







Saturday, August 22, 2009

Ahlan Wa Sahlan..Ihya Ramadhan...

Alhamdulillah..masih lagi berkesempatan untuk menyambut Ramadhan kali ni.. Moga amalan yang kita lakukan sepanjang bulan mulia ini akan mendapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t. Tahun ni merupakan tahun keempat berpuasa bersama hubby dan tahun kedua berpuasa di rumah baru. Alhamdulillah tahun ni dapat menyambut ramadhan dan berterawih pada mlm pertama. Kalau macam tahun2 sebelum ni mmg x berkesempatan. Sebabnya u all tentu faham laa kan..hehehe..perempuan kan ada uzur syarie....
dan, tahun ni juga merupakan tahun kelima berpuasa tanpa arwah nenek@mak yang tersayang. sungguh aku rindu saat2 berpuasa masa zaman budak-budak dulu. maklum laa dari kecik tinggal dengan nenek so mmg dimanjakan laa jugak sbbnya makcik2 ku dah besar...hehehe..

Aku rindu..

- masakan arwah nenek especially nasi ulam, ikan percik..huwaa....

- kuih lompat tikam..kat sini susah betul nak jumpa..mcm thn lepas ada laa 2/3 kali jer beli..

- murtabak kg mengkasar yg tebal lagi sedap tu..beratur panjang nak membelinya..

- solat terawih dan subuh kat masjid. selalu ikut arwah nenek ni..lps sahur jer x tidur trus mandi siap2
nak pegi masjid...

huhu..semua tu kenangan terindah yang memang x akan dilupakan dan x leh diulang lagi..yang berlalu biar laa..

Sunday, July 26, 2009

Rentetan Birthday Hubby

Birthday hubby jatuh hari ahad..so hari ni kebetulan 'wan' buat kenduri tahlil dan doa selamat. so celebrate sekali birhtday hubby, wan, makngah juli, makngah shima dan anaknya..maktam dah sediakan 2 kek untuk 'pengantin'..hehehe...dah petang bila semua jemputan dah balik baru laa acara potong kek dimulakan.. excited betul tengok hubby dapat hadiah...




hubby dan wan sama2 potong kek





apa agaknya wan cakap ni...hmm



hubby dgn hadiah dr kakaknya...


Related Posts with Thumbnails