Pages

Showing posts with label Yang menarik. Show all posts
Showing posts with label Yang menarik. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Macam-macam Kerenah..

Assalamualaikum....

Dah lama x update blog. Bersawang dah aku tengok..Terima kasih pada yg sudi jenguk blog ni. Sorry x sempat update. Bizi laa..Kat skool memang x sempat laa kan walaupun ada wifi. Sebabnya even byk gak waktu free sejak dapat jadual baru ni tapi macam-macam nak kena settlekan. huhuhu...

Okeh..ni nak cerita skit kerenah anak2 murid aku. Apa ke hei nya yop...ce citer ce citer...hahahaha...

Kisah 1

Aku: Mana lagi yang lain ni?
Murid A : oh..ramai cuti cikgu..semalam sembahyang (pelajar cina jwb - hari ke7 selepas cny)
Aku: Semua boleh tidur ke semalam?
Murid B: saya boleh tido cikgu..(sambil ckp hokkien dgn kwn dia) macam KHINZIR..(sambil buat gaya tidur)
Murid C: cikgu...dia BABI...
Aku : senyum....(nak tergelak pun ada tapi kontrol)..wakakakakaka

Kisah 2

Aku: Ok...untuk perayaan tahun baru cina kamu, apa yang kamu buat sebelum perayaan?
Murid A : beli makanan bla bla bla..dinner bla bla bla....
Aku : ok lagi...selain daripada itu?
Murid B : cikgu, main BOM!! 
Aku : hah!! BOM? bukan laa...hebat kamu kalau main BOM..
Murid B: eh salah cikgu...main itu RACUN..
Aku: bukan RACUN laa tapi MERCUN..
Murid B: haa itu mercun cikgu..

hahahahaha...adeh laa.mercun pun x tau sebut..

Kisah 3

Aku: Brandon, rumah kamu blok mana?
Brandon: mana boleh bagi tau...
Aku: Kenapa?
Brandon: hmmm...SERIOUS maa.....
Aku: (senyum kelat)

hahahaha..sebenarnya dia nak cakap SECRET....tapi x tau nak sebut...

macam2 lagi laa kerenah dorang ni...memang kadang-kadang lawak giler tapi SELALUNYA boleh buat my blood go upstairs wooo....huhuhu

Tuesday, February 15, 2011

DIY Project.....

Lately ni aku rasa rajin sgt menjahit.. sampai tudung pun aku jahit...but hari ni nak citer pasal DIY dulu laa.. gugel  sana sini jumpa tutorial untuk buat mcm2 beg dari kain cotton. so aku pun jalankan projek aku. dah boring kat umah x tau nak buat apa so menjahit atau memasak jer laa yg selalunya aku buat...

antara yang berjaya aku buat ialah...

blackberry phone case...

 bahagian dalam ada poket

 luaran..


easy peasy wallet...



beg..




ranaa clutch...loveeeeeeeee this one...chumillll...



 chumil kan...

Tuesday, June 15, 2010

Ilmu Di Sebalik Nombor 1-10


Berikut ini dicatatkan beberapa fakta yang sangat baik untuk kita sama-sama ingat dan ambil pengajaran daripadanya. Fakta ini sengaja disusun mengikut nombor/angka dari 1 hingga 10 agar ianya memudahkan kita untuk ingat dan ambil manfaat daripadanya.


Istiqamah itu satu jalan.

Awalnya kemulian, pertengahannya keselamatan, dan akhirnya
adalah syurga yang menanti.


Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat yang dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis {bertaubat kepada Allah} terutama di malam hari.
2)Darah para syuhada di medan jihad fisabilillah.



Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup Rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}

2)Isteri yang solehah
3)Solat


Berkata Saiyidina Ali karamallahu wajhah: Barangsiapa yang di berikan kepadanya empat perkara, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan dunia dan akhirat:
1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang di haramkan oleh Allah.

2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
3)Malu yang menegahnya dari kejahilan org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.


Berkata seorang soleh : Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:
1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}

2)Kosong perut.

3)Melakukan qiamullail.

4)Memohon ampun di waktu sahur.

5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}


Enam cara menghindarkan dari iblis:
1)Bertaqwa kepada allah di mana sahaja.

2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3)Selalu berzikir dan berwirid.
4)Memperbaharui taubat.

5)Memperbanyakkan istighfar
6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah di samping asasnya ilmu
yang bermanfaat


Tujuh anak-anak rasulullah SAW:

1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum

Ada lapan senjata utama perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya :

1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)Kata-kata yang manis
8)Mengugut bahawa ia akan lari.

Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan di kuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikut :

1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)Susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5)Suka berdebat terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat, dan wang ringgit
7)Pemarah
8)Ingin dihormati {gila puji}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.

Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar dengan tubuh yang asal dari kubur:

1)Para nabi dan rasul

2)Para ahli jihad{mujahid}
3)Para ahli ulama
4)Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang adil
7)Muazzin
8)Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati d bunuh atau dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau d malam jumaat.




Wednesday, June 9, 2010

Subhanallah...Maha Suci Allah..


Indah sungguh ciptaan Tuhan. Gambar ni ku snap masa on the way nak pegi kerja. Masa ni masih dalam kawasan rumah lagi so bawak kereta pun slow jer laa. Tu yang sempat snap gambar ni. Dah pernah letak dalam FB gambar ni. So kali ni share kat blog pulak laa..


Related Posts with Thumbnails