Pages

Thursday, October 25, 2012

Entry Suka-suka

Ya Allah..bersawang abis dah rumah ni..lama sungguh x update.. Nape ek? hahaha..lagi mau tanya kan.. Dasar pemalas...:p..

Esok dah raya kan uols...dan hari ni tentunya ramai yg berpuasa..mommy pun nak puasa sebenarnya tapi x bangun sahur.. dah laa malam tadi mommy makan skit je..sampai opis pagi ni dah pening2..x boleh jadi ni trus pegi amik roti sapu butter dan tabur gula...hehe..

Ada x yg suka makan roti macam tu..ada colleague Chinese ni pelik bila mommy ckp suka mkn roti sapu butter dan tabur gula..mmg dari kecik suka mkn camtu..zaman kecik2 dulu sapu Planta (marjerin) je laa.. pastu nak tambah sedap tabur gula..adik2 mommy yg lelaki lg laa..suka mkn roti letak susu dan milo..gila kentang manisnya kan..nasib baik mommy x minum susu..

Hari ni mommy balik keje 3pm. Dah mintak dgn boss nak blk awal dan dia benarkan. 


Selamat Hari Raya Aidiladha ya kawan-kawan. Pada yg memandu pulang ke kampung hati-hati di jalanraya. Semoga selamat tiba ke pangkuan keluarga tercinta..





Bujang saya yg bambam..:))


Sunday, July 22, 2012

Baju Spontan

Danish: Mommy..adik baby pakai baju spontan..














































Danish is referring to adibah noor's clothes in Super Spontan Series...


hahahahahahaha...mommy gelak besar...

*sian adik baby mommy silap beli baju..:((

Kek Coklat Kukus

Last week teringin nak makan kek coklat. Skype dgn adik kat opis kebetulan that day birthday makcik. So dia citer dorg buat kek coklat kukus semalam..Terus terliur mommy. Makanya mommy pun gigih tanya pakcik gugel resepi kek coklat ni. Dan jumpa laa resepi kat bawah ni. 


Kek Coklat Kukus Zaima

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir --->   saya gantikan pakai brown sugar.
1 cawan susu cair --->   saya gantikan susu Dutch Lady Full Milk
1 cawan minyak masak --->   saya gantikan pakai buttercup
1/2 cawan susu manis

1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur


Cara :


Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan sejuk kan .



Hasilnya....

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Gambar dah siap decorate lupa nak amik. 


Bawak pegi opis ari jumaat semua puji sedap..siap mintak nak order lagi.. hmmm...akan difikirkan samada nak amik tempahan ke x. Memang sedap resepi ni. Moist je..Nak buat pun senang je sebab x yah guna mixer.. guna sudip kayu je. 



Kerenah Aisy

Dah macam2 kerenah dah si budak bambam ni..Jenuh gak laa mommy dan daddy nak melayan dia. Last week sebelum puasa gigih mommy menghabiskan puasa ganti.

So, pagi selasa tu mommy terjaga dari tidur bila terasa pergerakan Aisy ni atas katil. Tengok jam baru 3.30am. Elok pulak si Aisy ni x merengek. Dia dok main sorang-sorang.
Golek-golek atas katil tu. Sekarang ni mmg peel dia bangun waktu tu nak main. Mommy x layan sgt biar dia main sorg2..agak2 dah penat kang dia merengek laa nak susu..

Pastu dah puas main dia merengek nak susu. Masa dalam kul 4 gitu. So mommy bangun buat susu. Dah abis susu sebotol ingatkan nak tido tapi mommy hampa. Mommy ni dah laa nak bangun sahur. Takut kang lapar lak kan.

Nak x nak angkut gak aisy ke hall..sementara mommy makan biarkan dia main sorang2.


Mula2 macam ni...dok berpusing2 dia kat situ. pastu tepuk2 lantai tu..



Pastu dah macam ni plak..nampak macam dia nak angkat bontot tapi x mampu..
Sbb bontot berat sangat hahaha...pastu dijilat2nya pulak lantai tu..ish.


Tembamkan dia..jenuh mommy nak dukung..berat dia dah 1/5 berat mommy..
haha...adehh laa aisy..xpe laa janji sihat kan...


Dah dia dok jilat2 lantai terpaksa laa mommy sapu dan mop lantai tu lps dia tido.

Monday, July 16, 2012

Raya Collection 2012

Skrg ni ramai yang dok kecoh pasal raya collection fashion designers malaysia ni. Yang mommy ingat Rizalman, Jovian Mandagie, Zery Zamry, Nurita Harith dan ramai lagi. Ari tu kat  forum ni ada citer pasal fesyen baju raya 2012. So, ada laa gambar-gambar raya collection by those designers. Rizalman berkolaborasi dengan tesco dgn memperkenalkan 20 by Rizalman sempena 20tahun penglibatan beliyau dalam bidang fesyen. Jovian Mandagie plak berkolaborasi dgn beberapa butik First Lady dan Zalora utk rekaan beliau. 

So, mommy pun teruja jugak nak try baju rekaan 20 by rizalman ni. kalau tgk design dia memang cantik2 laa...

nampak cantik2 je kan dalam gambar ni..

Hari sabtu lepas balik je keje trus singgah tesco. Kebetulan nak pegi post parcel kat adik dan org yg order inner..Masuk je tesco terus pegi ladies department..teruja tengok baju2 yang bergantungan tu. so mommy cari saiz S utk every design. Malangnya saiz S almost out of stock. Cuma tinggal utk 2 design yg mommy try ni je. 


mommy sgt heart jubah ni...sgt terletak kat badan ni.. 
price pun ok..rm180


yang biru ni pun cantik...harganya rm200.

Ada lg design lain yang mommy belek2..tapi x catch my eye sgt laa..ada 2 lace warna hitam dan merah tu mcm x sesuai utk yg bertudung. see through so nak kena pakai inner plak kat dalam..but look not so nice laa kan. lagi satu yg catch my eye color blocking pink dan hijau tu..so cantik tp mommy x try plak.

most of the RIs ni made from jersey material which is melekap skit kat badan. but kalau warna gelap tu ssh skit laa nak nampak bonjol2 kat badan ni. tp kalau yg biru jalur tu konpem nmpk bra..huhuhu...

mommy x beli pun baju2 ni..sbb mommy aiming for jovian mandagie.. hehehe :D
x boleh nak insert gambar since FB kena block plak kat office..later laa if mommy rajin update lg k...





Saturday, July 14, 2012

Ragam Colleagues


Camne nak mulakan ya.. Ekceli perkara ni dah berlarutan since last year lg. igtkan masuk tahun baru si pekerja ni dgn azam yang baru. Tapi hampeh je..

Bukan nak bersikap perkauman tp serius mommy x pernah jumpa lg Chinese yg attitude mcm si minah ni. Ok mommy guna short form M je laa k utk si Chinese ni. Dalam seminggu boleh dikatakan hampir tiap-tiap hari M ni lambat dtg keje. Paling lambat mommy pernah Nampak nearly 10am. Pastu masuk opis bukannya buat keje sibuk je laa dgn henpon dia. Or dia pegi kat sub-con office tolong org sana. Padahal dia ada keje sendiri.
Baru2 ni, superior mommy ada tunjukkan something funny laa.. dia buat payslip sendiri in order to increase credit card credit limit. Lawak sgt tgk payslip tu. Boleh ke uols percaya keje sales coordinator basic salary rm3k, elaun 2k?? elaun 2k?? dah mcm elaun director plak kan. Hew hew hew…

Serius sgt funny. Byk lg sbnrnya perkara yg menjengkelkan mommy. Awal tahun ari tu dok canang  birthday dia ada org nak bg galaxy note. Cehhh, dah nak smpi tahun baru pun x nmpk lg note nya tu. Puiii…berlagak x hengat.. pastu bila mommy ckp nak beli note tetiba plak dia ckp x suka note sbb besar.. adoi laa..lawak betul.. x nak kalah dgn org lain.
Semalam, M ni keluar pegi amik barang kat fedex..supplier hantar guna fedex sbb brg tu urgent. So dia ni dgn bagusnya laa nak pegi amik. Eh bukan ke dia tu sales coordinator je? Mommy yg keje purchasing xde sibuk2 pun nak kuar pegi ambil barang tu.. bkn ssh pun sbnrnya..call aje fedex inform dorg barang tu urgent.. buat special request antar direct ke premis…haiyaaa…talak otak punya org..dah laa kuar dr kul 8.30am sampai kul 12.10.. tapi barangnya fedex dah antar dulu. Balik je office dia ckp stesen fedex tu jauh. Bila mommy Tanya kat mana, M ckp subang hitech batu 3.. aikk..mommy pernah pegi subang hitech tu.. kalau guna federal hiway dr klang x smpai 1/2jam pun perjalanan. Yg dia ni sah2 guna jalan kebun dr office mommy kat telok panglima garang ni. Apa ke hal jauhnya plak.. pastu dok ulang2 ckp ‘jauh laa...’ supaya org percaya yg dia mmg betul2 pegi sana laa..puiiiiiiiiiiiiiii… hangat betul hati ni laa… mommy dah pun ckp kat Logistic Am tu kalau dia nak kuar p amik barang jgn sign in out sheet dia tu..

Haihh…mommy pun x tau nape bosses masih bg muka kat dia.. attitude x bagus. Kalau cakap dgn AM pun tengking2 je padahal org tu lg tinggi pangkat dari dia. Superior mommy dan colleague sblh mommy ni pun Chinese. So dorg sakit hati sbb ada yg memper’siasoi’kan kaum dorg. Haha..mommy pun 1st time dgr perkataan memper’siasoi’kan tu.. ‘siasoi’ tu dlm bahasa hokkien as in memalukan gitu laa..

Thursday, July 5, 2012

Anak Tak Sihat..Part 2

Rentetan dari kisah masuk wad.. Sampai wad je trus nurse suruh timbang berat Aisy. Tadi kat KK dah timbang so mommy ckp kat nurse berat Aisy 8.1kg. tapi bila letak kat penimbang analog wad tu berat aisy 8.8kg..:O ternganga mommy tengok..pastu nurse cakap x semua penimbang sama..so kita assume berat aisy 8.8kg laa ya..hehe..


dah dapat katil datang laa doctor buat temuramah. macam2 soalan yg ditanya..bla bla bla...
kul 12 trus start 1st neb...huhu...tgk laa gelagat aisy dgn 1st nebnya..



behave sgt dia ni..x meragam pun..xde nangis2...good job aisy...


dah lega skit baru laa dia nak main2...tu pun kejap je..
pastu dia...





tido..haha..mcm2 gaya tido dia ni..geram betul tengoknya..


pastu bg neb atas ribaan plak..still sama..behave cam biasa..


mommy dan aisy...mommy looks tired..betul sgttt...
sbbnya kurang tido..nak tido pun x selesa walaupun tido sama dgn aisy atas katil..
nasib baik mommy kecik..hihihi..*TDDMKA



last neb before dibenarin pulang. masa ni doctor dah kurangkan ke 6hourly je..yeayyyy..


Alhamdulillah..kami dibenarkan pulang pada hari rabu. masa tu mommy terpaksa dukung aisy bwk turun pi bayar bill sbb tunggu daddy dtg dah tutup kaunter..haru kalu nak kena stay another night.. hehe..
mmg lenguh laa bahu mendukung aisy ni...
Alhamdulillah..walaupun x sihat sepenuhnya lagi tp lega dah boleh balik..







Anak Tak Sihat..

2hb Julai mommy bawak Aisy pegi KK Pandamaran untuk amik imunisasi 6bln dia. Suppose 25hb June kena amik but at that time Aisy x sihat..aisy kena amik neb sekali sbb dada dia wheezing. So, nurse bg tarikh 2hb utk injection. Pastu mommy rs badan aisy panas so bwk dia pegi dkt nurse utk cek suhu..memang betul dia demam tp skit je laa..37.5 gitu. pastu tunggu turn nak jumpa doktor.. 


Masuk bilik rawatan, sorang doktor ni cakap dada dia wheezing ni..mmg aku tau dada dia bunyi kuat.. tp daddy plak mcm endah x endah je bila aku ckp..dia ckp bunyi kahak bila dia bernafas.. memang laa itu bunyi kahak. pastu sorang doktor lg cek..dia ckp both lungs ada bunyi. so doktor ckp, kita antar emergency HTAR ya.. pastu nurse call ambulance.. dalam hati mommy dah cuak sbb call ambulance bagai kan.. mommy pun call daddy inform dia.. sbb aku bwk kereta so daddy kena amik kereta kat klinik.


Mommy igt nak warded kat private je tp x terkeluar plak suara utk berkata-kata..lg plak nurse dah call ambulance kan so mommy pasrah je laa.. hukhuk..
Ambulance sampai dlm kul 9 lebih gitu..so mommy naik berdua dgn aisy diiringi nurse. tp xde laa ambulance tu pasang siren..senyap je dan slow je laa dia bwk. 
2nd tima laa mommy naik ambulance..1st time dulu masa darjah 5 rsnya. mommy allergic mkn ketam so bdn naik gegata sampai pitam. so cikgu antar pegi KK je tp KK antar pegi hospital daerah naik ambulance. haa masa ni mmg ambulance tu pasang siren..hihi..


sampai kat kecemasan HTAR tu nurse trus bawak pegi ke Ruang Asma. Kat dalam ni ada MO yg akan cek dulu. pastu dia trus bagi nebulizer tu.. lps neb, MO cek sekali lg kondisi Aisy. 
pastu dia refer aisy kpd doctor yg lebih arif dan dia suh warded. daddy dah sampai masa ni so doctor suh daddy pegi register dulu. dah settle register tunggu plak HA datang utk naik ke wad. 

Wednesday, June 13, 2012

Monday, June 11, 2012

So Long...

Fuhh...lamanya menyepikan diri..almost 6 months...phewwww...


baru ari ni tergerak nak cek blog..x sangka masih ada viewer...sorry banyak2 pada yg sudi singgah baca blog ni.
masa agak terbatas skrg ni. almaklum dah ada 'handbag' so mmg masa byk tertumpu kat dia je skrg ni..


inshaallah, rsnya mcm nak aktif semula...x kisah laa xde org nak baca pun..asalkan dpt luahkan perasaan yg terbuku ni pun dah cukup bagus..sometimes ada something yg kt boleh share dgn org yg rapat tp kalau kt geram plak dgn org tu camne..hahaha..eh takde laa..sebolehnya x nak berprasangka buruk kat org lain kan...


kalau boleh hari2 kena positifkan minda...jauhi hasad dengki dlm diri..inshaallah kena sentiasa amalkan ni.. 
baru laa happy je...senyum x perlu kata apa2...hehehe...


ok laa..kt sambung semula nnt ya...nak siapkan keje dan nak blk awal..dah rindu sama musyuk masyam bambam sy kat umah tu...:))

Friday, October 28, 2011

Food I made

Salam..

Sekian lama x update blog. Bersawang, berdebu bagai dah ni..hukhuk

Sorry laa..bz skit skrg ni dgn keje opis. Eh bkn sama je ke. Jadi cikgu dulu pun jarang update blog jugekkk..haha..

Ok ni dia home made chicken chop yg sempat dimasak smlm..sampai rumah dah lewat 7.30 gitu. Ayam pun belum defrost.. Tp berjaya disiapkan b4 9pm.. Dinner yg lewat dah tu kan. Xpe laa x gomok² jugak.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, August 7, 2011

Testing

Testingggg
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, July 21, 2011

Kitchen Scale

Akhirnya berjaya jugak rembat scale ni..padahal bukannya mahal sangat pun kan..:p tp dek kerana tidak mendapat permission dr hubby untuk beli benda alah ni tu yg tertangguh jer..ekceli, ku beli kali ni pun x tanya hubby..

Hari sabtu lepas tgk kat paper ada iklan tesco...kitchen scale ni tesco jual rm5 jer..haaa..sape yg x nak beli kan.. dr harga r,12.90 kot jadi rm 5..tu yg gigih pegi tesco pagi2 ahad membeli scale ni..mcm2 promo dr tesco..F&N creamer buy 1 free 1 rm2.99.. ku rembat 4 tin..2 tin untuk MIL 2 tin lg untukku..

ni untuk persediaan bakery atau nak masak apa2 laa kan.. kadang cari resepi kat internet ada yg measure by gram dan ada juga by cup..selama ni mmg x pandang laa resepi by gram tu..sbb xde benda alah ni..so skrg dah ada boleh laa eksen guna resepi by gram plakk..hehehe..harapnya bertahan lama laa ebendo rm5 sajork...kalau pakai sekali pastu jarumnya berfungsi sentap mak nak...:p

Friday, July 15, 2011

I'm back.....

Salam all..

Ya Allah...lama sungguh x update blog ni...terima kasih pada yg rajin singgah blog ni walaupun xde update.. 
since june ari tu memang bz dgn skool..every saturday ada program kat skool untuk sebulan berturut-turut..
ramai cikgu merungut..ya laa kan bukan x bersyukur dgn rezeki yg Allah kurniakan tapi kita ni manusia biasa  gak perlu rehat yg cukup..

ebendo keje setengah hari pun tp penatnya mcm keje 24jam full day ok...apa taknya..dok menjerit2 bagai dalam kelas, dgn kerenah murid2 yg mmg menguji kesabaran setiap hari..mau x nya penat...rsnya lebih penat dari keje kat buruh binaan kot...hahaha...

tu blum lg kena hambat students yg dok keluar masuk kelas...aiyooo serupa petting zoo dah skool ni rsnya.. dgn yg terjerit2, terlompat2 mcm kera..fuhhhh serius rs nak quit tp dlm keadaan ekonomoney ni mmg x leh nak berhenti dan skrg ni pun susah skit nak cari keje lain kan..so redah ajer laa..bertabah lah...inshaallah moga ada rezeki yg lebih baik akan tiba..yg penting usaha, doa dan tawakkal.....ameen..

daaaaaaaaaa....


Wednesday, June 8, 2011

McD Coke Glass

Assalamualaikum..

Lama sungguh x update blog.

Okeh.. Ni koleksi coke glass yg berjaya dikumpulkan. Mula² hubby yg beli 1st glass warna charcoal tu. Lps tu every week dgn gigihnya aku pegi beli. Seingat aku setiap Jumaat laa aku pegi beli. Hehehe..gigih kannn.. :)

Ingat lagi dulu masa zaman bercinta McD ada kuarkan koleksi pooh. Pergh masa tu hubby laa tukang beli. Sampai skrg ada simpan lg cumanya mcm dah x cukup sbb dok pindah randah dulu..:(

Ada kawan² lain yg berjaya kumpul x?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, April 16, 2011

Cikgu bedah..

Salam semua..

Seronoknya yang bercuti hari ni kan. Aku ni ada mesyuarat agong pibg dan hari kecemerlangan. Phewww..awal2 pagi dah bangun. Best kan..ok tipu!

Ok ni nak citer skit pasal cikgu bedah. Siapa agaknya cikgu bedah ni kan.. Cantik ke dia, kepoci ke dia, awet muda ke, garang ke.. Mesti banyak lg persoalan dr korang kan.

Cikgu bedah atau cikgu masak-memasak ni comel jer orangnya. Nak kata garang x la garang mana pun. Sebab pelajar-pelajarnya ada juga yg x heran pun dgn cikgu bedah ni. Nakal jugak macam biasa. Huhuhu..

Okeh ni laa dia cikgu bedah tu. Suami aku panggil cikgu masak-memasak katanya.. Ok laa sambung lenkali.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 12, 2011

Bukit Gambang Resort City

Salam semua..

Ya Allah, lamanya x update blog..Sorry sangat2 ya kengkawan..bz dgn bisnes dan school work...:(
Owh..bisnes tu kecil-kecilan jer..jahit sendiri jer tu..kalau nak tau tunggu kemunculan blog utk bisnes tu pulak nnt k..harapnya ada laa kesempatan utk setup blog tu nnt..sbb skrg ni jual online but melalui satu forum...
nak jual kat FB rs cam x syok plak...

Ok..kali ni nak citer trip ker BGRC plak...actually hubby plan nak g pangkor dgn kwn2 dia but x jadi so we all decide pegi BGRC ni since my auntie and sister keje kat sini in Acc Department..but no no no...x dpt discount pun tp kitorang ada baucer ni...from auntie gak laa...banyak giler dia bg..ada yg nak x? kalau ada bleh emel me k..bg free jer but utk pos tu uols byr kos pos express jer laa. yunsuhanaa@gmail.com . baucer ni valid sampai 31hb Mei 2011..sempat lg nak pegi tu..cuti hari pekerja, cuti hari wesak dan cuti sekolah pun sempat lg...tp x valid utk group ya..satu baucer ni utk 6 orang..




singboard ke park..

suruh tunjuk 'best' tp dia p buat camtu plak..:D


 air berombak..3rd time kami try dah x berombak..
dorg tutup dah..masa tu baru jam 12.30 gitu..





 yg ni Kids Area...tp kitorang naik jer slide tu..
dah siapa nak bwk si kecik tu kan..suh main sendiri x nak plak..

mmg tertunggu2 benda alah ni penuh..

dah penuh pun...dan 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 akhirnya....hahaha..:D

 view dr depan plak


 ada buaian gak...

 bahagian kanak-kanak





 sian si kecik ni..kelaparan..
mintak nasi tp xde..so makan jagung rebus jer..:(



stylo mehh..main air pakai sunglass..:D

ni dah nak blk pun..kepenatan dah...

Wednesday, March 9, 2011

Bersiaran dari pusat servis proton

Salam semua..

Bosan tul menunggu kete diservis.. Plan asalnya nak tuning je cuz timing sangat rendah. Kalau tgh drive tu tetiba enjin mati. Jenuh la pulak nak start.. Kalau xde kete kat blkg ok lg laa.. Kot ada kete yg ikut rapat bahaya gak tu kan. Yer la dorg bkn tau pun keteku ada prob..x pasal plak nnt bumper to bumper. Mintak dijauhkan laa..

Ok back to the topic. Plan asal tuning jer pun kan. Pastu pomen tu ckp kena cuci total body. Ntah benda ku pun x paham.. G tgk tadi rupanya ada bhgn yg smbung dgn pedal myk tu kotor. Tanya punya tanya budak tu ckp rm30. Masuk dlm jumpa kerani jadi 31.80. Pulakk dah.. Huh whatever laa. Dah kena tunggu 1/2jam lg. Harapnya x laa lama sgt cuz nak g skool plak ni.. Huhuhu.

Tu laa dia..bila g servis mesti ada jer tokok tambah kan.. Kete ni pun satu. Cukup la makan minyak dan jalan jer pun. Ni DUIT pun nk makan ker.. Hahahaha..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, March 8, 2011

Felt craft

Rasanya macam dah boleh aktif skit berblog since boleh update thru blackberry nih. X perlu nak on lappy lg. Ada masa senggang kat skool leh update jap..hehehe. Thanks to smartphone.

Skrg ni rasa seronok plak buat felt craft ni. Mostly byk buat pin brooch tudung laa. Ada gak yang nak order. Minggu dpn cuti sekolah leh buat sampai lebam.. Hahaha..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Related Posts with Thumbnails