Saturday, August 22, 2009
Ahlan Wa Sahlan..Ihya Ramadhan...
dan, tahun ni juga merupakan tahun kelima berpuasa tanpa arwah nenek@mak yang tersayang. sungguh aku rindu saat2 berpuasa masa zaman budak-budak dulu. maklum laa dari kecik tinggal dengan nenek so mmg dimanjakan laa jugak sbbnya makcik2 ku dah besar...hehehe..
Aku rindu..
- masakan arwah nenek especially nasi ulam, ikan percik..huwaa....
- kuih lompat tikam..kat sini susah betul nak jumpa..mcm thn lepas ada laa 2/3 kali jer beli..
- murtabak kg mengkasar yg tebal lagi sedap tu..beratur panjang nak membelinya..
- solat terawih dan subuh kat masjid. selalu ikut arwah nenek ni..lps sahur jer x tidur trus mandi siap2
nak pegi masjid...
huhu..semua tu kenangan terindah yang memang x akan dilupakan dan x leh diulang lagi..yang berlalu biar laa..
Friday, August 21, 2009
Sofa Baru
Sunday, August 16, 2009
Masih Cinta......
Kotak – Masih Cinta
Tik,.,tik,.,.tik
Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Maumu jadi mauku
Pahitpun itu ku tersenyum
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Tik,.,tik,.,.tik,.,.
Air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mau ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
String Curtain
Monday, August 10, 2009
Teruskanlah...Teruskanlah...
Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali
Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan
Reff :
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu
Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu
Back to reff.
Hoo.. Hooo
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu
Teruskan lah… teruskan lah..
Suka dengar lagu ni..touching..huhu..
Saturday, August 8, 2009
Me & Octo
Thursday, August 6, 2009
Sunday, July 26, 2009
Rentetan Birthday Hubby
Tuesday, April 14, 2009
Suatu hari di Pejabat
Bermula laa hari-hari yang membosankan bagiku. Mulanya nak stay kat umah MIL tapi susah lak nak pegi keje.
So, decide duk umah jer laa dan tumpang Ida pegi keje. Tapi hubby suh ajak Ida temankan aku. Nasib baik Ida x keberatan. So, hari pertama hubby pegi kursus aku layan amik gmbr sendiri kat opis..hehe..
Monday, March 9, 2009
Tanpa
Meski
Tanpa..
Kini benar-benarku rasakan
Resah yang ku
Sabar Dengan Ujian
LULUS DIUJI (UJIAN) PERLUKAN KESABARAN TEGUH HATI
Syeikh Mustafa Sabri iaitu ulamak sewaktu pemerintahan Othmaniah berkata:“Barang siapa yang berasa aman dari cubaan Allah nescaya akan hina.”
Maryah Jameelah seorang islam yang dahulunya seorang wanita kafir Yahudi berkata:“Menurut ajaran Islam hidup ini bukalah satu perjalanan yang penuh kesenangan akan tetapi ia adalah satu peperiksaan. Setiap minit kita diuji dan apa sahaja penderitaan dan bala yang menimpa kita bukanlah bencana yang mutlak akan tetapi hanya salah satu dari ujian tersebut. Allah SWT tidak menjadikan kita untuk bergembira dan bersuka ria akan tetapi untuk melihat kita sama ada berjaya atau gagal dalam peperiksaan ini yang mana keputusannya tidak kita ketahui hinggalah ke hari akhirat”.
Rasulullah pernah bersabda:“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu cubaan sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.”
(Dari Masnad firdaus oleh Dailami)Berkata Abul Asy’ats ash Shan’aani r.a. bahawa Nabi saw bersabda:Allah telah berfirman:“Apabila Aku menguji salah seorang dari hamba-hamba Ku yang mukmin, lalu ia memuji Ku atas apa yang telah Aku ujinya, nescaya Aku akan perintahkan kepada Malaikat Ku agar ‘Kamu catatkan pahala-pahala dari amalannya, seperti yang biasa kamu catatkan sebelum ini’”.(Riwayat Ahmad, Hakim dan Abu Nu’aim)
Berhubung ujian Allah, hayatilah firman Allah dalam surah-surah berikut bermula dengan surah Al Ankabut: 2-3:
2- Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Al Baqarah: 155- Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
Al Kahfi: 7- Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Al Kahfi: 31- Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
Hud: 7- Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air. Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan demi sesungguhnya! ...
Al An’aam: 165- Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
"Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu..Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu...Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yg lebih baik untukmu...Oleh itu, bersangka baiklah dlm apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya..Semogakita mampu menempuhinya dgn penuh kesyukuran, ketabahan & keikhlasan.."
Sunday, March 8, 2009
Bengkel Sains Sukan MSN
18/2 ari tu Kelab Hasil Klang (KHK) menjemput 2 penceramah dari MSN iaitu Olahragawati Malaysia suatu masa dulu, Puan Zaiton Othman dan En Suhardi Alias (Pengarah Cawangan Pembangunan Organisasi MSN). Seronok jugak attend bengkel ni walaupun adakalanya kemengantukan melanda. Tapi kugagahkan mata ni demi ilmu yang memang amat berguna dalam kehidupan harian.
Tajuk ceramah Puan Zaiton ialah Stress dan Pengurusan Stress. So here’s some of the content of the speech.
Tanda-tanda Stres
a) Gejala Fizikal
- degupan jantung yang cepat
- banyak peluh
- terasa loya
- bernafas kencang
- cirit-birit dan terasa hendak buang air kecil
- selera makan berubah
- gangguan seksual
- sakit badan – punca tidak jelas (cth mcm yg kita selalu kena ialah sakit di bhgn bahu dan leher)
- penyakit lelah, sakit kepala dan ruam.
b) Gejala Mental
- Hilang kawalan atau dihantui peristiwa lalu
- rimas dan bimbang
- gagal tumpukan perhatian or make decisions
- berasa tidak sihat
- sukar tidur
- keinginan seks menurun
- terasa amat letih
- minum alcohol dan merokok
- perubahan perasaan – murung dan kecewa, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan gelisah.
Pengurusan Stres
- respons relaksasi ( 15-20mins)
- biofeedback (EEG,ECG, EMG, BP, TS, GSR
- muzik (Baroque, New Age)
- Seni (tarian, lukisan, ukiran)
- Acupuncture, SHiatzu, reflexology
- Fesyen (belly breathing)
- Positive Imagery
- Placebos (colors, shapes, flavors, sizes, prices)
- Hobi, jenaka ketawa
- Stress cures
- Program senaman
- Keluarga dan kawan-kawan
- Tabiat pemakanan
“We are what we eat, drink or smoke” – Tan Sri Dr Ani Arope (The Star 14112005)
“Many of us do not realize that we have a direct link to the Almighty. Few of us tap this super energy source of power. I believe fervently in the power of prayer. Visualize what you seek in your prayers, then energize the programme to actualize what you seek. In my life, I have used this creative principal to guide me in my career and life path. Try out for yourself.” – Tan Sri Dr Ani Arope (The Star 14112005)
Tajuk ceramah En Suhardi pulak ialah “Nutrition Fitness & Health”.
Antara isi-isi ceramah yang sempat dicatit..selebihnya banyak gelak sebab En Suhardi ni memang lawak. Yang lawaknya, sblm buat lawak dia yang gelak dulu. kekekeke....
1) 3 tanda jika suplemen yang kita ambil mengandungi steroid.
o sendi bengkak
o jerawat banyak tumbuh di muka dan badan
o sore throat – cepat dahaga.
So elakkan daripada mengambil ubatan yang mengandungi steroid.
2) Pengambilan kafien >200mg sehari akan menyebabkan ketagihan. 200mg tu lebih kurang 12 gelas laa..
3) Untuk elakkan rambut gugur, pengambilan putih telur, soya, tempe amatlah digalakkan. Tempe juga baik untuk tulang.
4) En Suhardi nasihatkan susu formula untuk bayi dan kanak-kanak perlulah mengandungi kandungan DHA yang tinggi. X perlu nak cari susu yang ada macam2 khasiat. DHA ni penting untuk proses tumbesaran otak. Antara makanan yang mempunyai zat DHA ni ialah, kismis, limau, kurma dan madu.
5) Kalau breakfast tu lebih elok ambil roti fiber atau bihun ( x kisah laa goreng ker sup ker) kerana katanya bihun tidak menggemukkan. Tapi janganlah hari2 mkn bihun lak. Seeloknya 2x seminggu. Roti canai tinggi kandungan kolestrol so sepatutnya sekali jer sebulan..wakaka..klu hr ni mkn tunggu la hujung bln dpn baru leh makan balik. Tapi klu rajin bersenam xper..kata en suhardi klu dah makan roti canai kena menyanyi 3jam untuk bakar kalori.huhu…bkn 3 lagu occay!!
6) En Suhardi tanya kenapa kita pakai cincin di jari manis?? En S ni tanya laa staff wanita yang attend bengkel ni..ada yang jawab suami sarung kat jari manis so pakai jer laa..hehehe..logik gak..
En. S explain kat jari manis kita ni ada satu saraf yg mmg penting tp kt x sempat catit apa sarafnya
dan kepentingannya..so, nak tau logik ker x kita tgk gmbr bwh ni...
Cuba korang buat mcm dlm gmbr ni..jari tengah tu mesti dilipat laa..lps tu, cuba bukak satu persatu jari-jari yang kita rapatkan tu..mula dari ibu jari, jari telunjuk, jari kelengking dan last sekali jari manis..
Agak-agak korang boleh ker jari manis tu dibukak??? jawapannya.....
TIDAK!!!
haa...logiknya pakai cincin di jari manis ialah tuk cover saraf kat jari tu supaya tak rosak..
Nasihat En Suhardi kalau pegi shopping jangan jinjit beg plastik pada jari sebaliknya guna tapak tangan atau pergelangan tangan atau kalau kemalasan melanda suruh laa boyafren kaa, suami kaa, adik-adik lelaki yang bawak...hehehe...
7) Makan jangan bersulam air. Seeloknya minum air sebelum makan skit then 10minit selepas makan baru boleh minum air semula. NO ICE!! Kalau air sejuk dari peti ais tu ok..
8) Untuk tulang, elok amik tempe, yoghurt dan budu (tapi jangan lak dihirup atau diminum lak budu tu..hehe...Tulang rawan ayam elok untuk sendi.
Sunday, February 15, 2009
Sukan Persahabatan (SUPER) 1/2009 KHK vs FRIM
netball, volleyball, football, badminton, pingpong, indoor
game (dart, carom), badminton dan bowling. Kita masuk netball,
volleyball dan bowling. Carom jadi reserve jer..
Seronok tapi sakit sangat badan ni cuz dah lama x bersukan.
Lepas ni mmg kena training la for preparation for next SUPER
series..dan plan nak turun training bowling once a week and
klu confirm dapat bonus nak beli set bola bowling. Tak puas
hati guna house ball..
Saturday, February 14, 2009
Shopping Spree
Tuesday, February 10, 2009
Saman..Kisahnya Part 2.
Peduli apa haku dengan cakap2 orang ni. Yang penting kita x ditindas dan tertekan
Monday, February 9, 2009
Saman..Kisahnya
langgang jadinya kan.. Tapi kalau peraturan menyusahkan orang macam mana??
Hmm..kisahnyaa....Sejak sebulan ni memang pegi keje naik kereta.
Terpaksa keluar awal nak merempuh kesesakan kat Klang tu yang ntah
bila nak surutnya..Penat sangat rsnya pagi2 kena travel mcm tu. ni baru
kat klang..Kalau kat KL mau mengamuk hubby ku itew...
Bila dah bawak kereta kena laa parking kat tmpt yang sesuai kan..
Kalau naik motor tu boleh parking kat basement office jer.
Kalau kereta kena laa parking kat tempat berbayar.
So, hubby decide tuk parking kat depan bangunan rumah kedai yang
mungkin CF nya belum keluar lg. Kat situ ada hampir 20 lot parking
yang petaknya tidak bernombor.
Kisahnya hari malang tersebut penguatkuasa MPK datang inspection.
Kesemua >20 buah kereta yang diletakkan di situ disaman termasuk laa BGP ku itu..
Esoknya, haku dengan bengang kol bahagian letak kereta MPK..
Aku : Selamat pagi encik..
P (pegawai..konon laa kot..peon jer) : Ya, selamat pagi..
Aku : Saya ni yun..nak tanya sikit la pasal parking ni..Kalau petak takde no,
MPK akan saman ke kereta yang diletakkan di petak tu.
P : Ya, kita akan saman walaupun xde no petak. asalkan ada garisan kuning tu.
Aku : Macam mana pulak kalau xde mesin tiket tu?
Selalunya satu mesin tuk berapa petak ya??
P : Owh..satu mesin cater 15petak..
Aku : Kalau macam tu x patut laa saya disaman. Mesin tiket pun xde sedangkan
petak yg ada kat situ 2x ganda dari yg encik bagitau tu. Salah saya ker??
P : Xper cik..Cik boleh datang opis kita bawak surat saman tuk kita pertimbangkan
utk pembatalan saman..
Aku : Owh..macam tu laa plak..satu keje lak sy nak pegi opis encik.
Masa nak saman tu x plak pekerja encik periksa dulu kan.
Baru ni saya ada kol jugak (tipu sbnrnya..nak bg depa cuak skit.hehe)..
Mesin tiket kat tmpt saya parking tu rosak...
bila kol pegawai encik arahkan saya ambil no tiang.. Itu kerja saya ker??
Apa kerja penguatkuasa encik tu? Sekadar keluarkan saman tapi x prihatin.
Bila nak duit cepat jer keluarkan saman. Tapi bila bab mesin rosak x plak dipandang kan..
Huh...macam ni ker nak jadi negeri kebajikan....
P : Xper cik..nanti cik boleh buat report mesin rosak..
amik no mesin yg rosak tu..(Laa..keje aku jugak ker??)
Aduhai...x tau laa apa pemikiran kakitangan PBT ni? Kalau kami ni rakyat
yang nak kena buat keje korang abis korang nak wat keje apa?
x kan makan gaji buta kot?? Sepatutnya bila dah diberitahu tempatnya,
masalahnya korang sendiri laa yang kena pegi check apa yg rosak, apa no mesinnya..
Ini semua kerenah birokrasi. Cuba hapuskan prosedur lapuk tu..
Kata zaman IT yang serba moden dan pantas, sepatutnya ada rekod laa...
hmm..entah laa labu......
SUHASEL 2008
Kerja..Kerja..Kerja
So, hari ni nak share gambar2 workstation ku yang bersepah ittiew...huhu...
Susah nak maintain kemas cuz bg kita klu kemas sgt mcm x buat keje..hehe...
xper laa..janji keje settle wpun x berapa kemas..
Thursday, January 1, 2009
A Trip to Teluk Intan
Sebelum balik sempat meronda Teluk Intan dan naik Menara Condong..Antara gambar2 yang sempat dirakamkan..