Pages

Monday, September 20, 2010

Salam Aidilfitri 1431H





Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang 
Bermaaf-maafan sesama kita




Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya



Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan



Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban



Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya



Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira


Selamat Hari Raya Aidilfitri dariku buat semua rakan taulan, sahabat handai, saudara mara semua..Semoga Aidilfitri kali ini mengeratkan lagi silaturrahim antara kita..

No comments:

Related Posts with Thumbnails