Pages

Thursday, August 26, 2010

Nuzul Al-Quran

Hari Jumaat ni iaitu esok 27 Ogos bersamaan 17 Ramadhan. Juga adalah hari Nuzul Quran. Terdapat banyak waktu berdoa yang best mulai selepas Maghrib hari Khamis sehingga waktu berbuka puasa hari Jumaat. Pada yang bercuti Nuzul Quran tu, dicadangkan duduk di rumah beribadah & berdoa semaksima mungkin.


Mungkin hari yang bermakna ini tak datang lagi dalam kehidupan kita selepas ini. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Jika anda berada di luar Semenanjung Malaysia & Singapura, tolaklah 30 minit dari waktu yang diberikan selepas ini.

7.30 ptg ke 12 tgah malam (Khamis, 26 Ogos), berdoalah memohon dipermudahkan segala urusan yang telah tertangguh agar ia cepat diselesaikan. Contohnya hutang piutang, loan kereta yg dah 3 bulan tak berbayar, loan rumah yg tertunggak berbulan-bulan, hutang yang belum diselesaikan oleh kengkawan, dll

Berdoalah dengan ikhlas, untuk

1) keuntungan bisnes, 
2) bertambah kekayaan, 
3) mudah urusan kewangan,
4) pertambahan aset & wang, 
5) dipermudahkan & digandakan rezeki, 

pada waktu-waktu berikut :

a) 1.30 pg ke 3.30 pg (waktu bangun Tahajjud)
b) 7.30 pg ke 9.30 pg (waktu solat Dhuha)
c) 1.30 ptg ke 3.30 ptg (selepas solat Jumaat & Zuhur)
d) 3.30 ptg ke 5.30 ptg (sebelum & selepas Asar)

Cubalah. 

Pada yang banyak hutang piutang, gunakanlah kesempatan ini untuk memohon agar ianya dapat diselesaikan dengan cepat sebelum kita di panggil kembali. Ingatlah bahawa selagi hutang tak diselesaikan, roh kita akan terawang-awang di depan pintu syurga. Ini juga adalah ingatan pada diri saya sendiri tuk menyelesaikan hutang-hutang yang masih ada.

kredit to matun mohamed

No comments:

Related Posts with Thumbnails