Pages

Thursday, July 5, 2012

Anak Tak Sihat..

2hb Julai mommy bawak Aisy pegi KK Pandamaran untuk amik imunisasi 6bln dia. Suppose 25hb June kena amik but at that time Aisy x sihat..aisy kena amik neb sekali sbb dada dia wheezing. So, nurse bg tarikh 2hb utk injection. Pastu mommy rs badan aisy panas so bwk dia pegi dkt nurse utk cek suhu..memang betul dia demam tp skit je laa..37.5 gitu. pastu tunggu turn nak jumpa doktor.. 


Masuk bilik rawatan, sorang doktor ni cakap dada dia wheezing ni..mmg aku tau dada dia bunyi kuat.. tp daddy plak mcm endah x endah je bila aku ckp..dia ckp bunyi kahak bila dia bernafas.. memang laa itu bunyi kahak. pastu sorang doktor lg cek..dia ckp both lungs ada bunyi. so doktor ckp, kita antar emergency HTAR ya.. pastu nurse call ambulance.. dalam hati mommy dah cuak sbb call ambulance bagai kan.. mommy pun call daddy inform dia.. sbb aku bwk kereta so daddy kena amik kereta kat klinik.


Mommy igt nak warded kat private je tp x terkeluar plak suara utk berkata-kata..lg plak nurse dah call ambulance kan so mommy pasrah je laa.. hukhuk..
Ambulance sampai dlm kul 9 lebih gitu..so mommy naik berdua dgn aisy diiringi nurse. tp xde laa ambulance tu pasang siren..senyap je dan slow je laa dia bwk. 
2nd tima laa mommy naik ambulance..1st time dulu masa darjah 5 rsnya. mommy allergic mkn ketam so bdn naik gegata sampai pitam. so cikgu antar pegi KK je tp KK antar pegi hospital daerah naik ambulance. haa masa ni mmg ambulance tu pasang siren..hihi..


sampai kat kecemasan HTAR tu nurse trus bawak pegi ke Ruang Asma. Kat dalam ni ada MO yg akan cek dulu. pastu dia trus bagi nebulizer tu.. lps neb, MO cek sekali lg kondisi Aisy. 
pastu dia refer aisy kpd doctor yg lebih arif dan dia suh warded. daddy dah sampai masa ni so doctor suh daddy pegi register dulu. dah settle register tunggu plak HA datang utk naik ke wad. 

No comments:

Related Posts with Thumbnails