Pages

Monday, November 29, 2010

Sepetang di Botanic Walk Part 1



Assalamualaikum semua...

Botanic Walk..wahh dah mcm Shah Alam Walk, Bintang Walk plak kan..hehehe..
Tempat ni kat kawasan perumahan aku gak di Bandar Botanik
1st time aku pegi sini somewhere in 2004..masa tu baru nak beli rumah kat sini laa..
masa tu belum kahwin lagi. Time tu belum dipanggil dengan nama Botanic Walk ni lg..
x ingat plak nama apa..hehe..

Last month hubby ajak p sini bawak anak kesayanganku itu..seronok dia dpt lari-lari..
sbb kawasannya cantik dan luas..so korang layan jer laa gambar-gambar bawah ni..
malas nak citer panjang..:p

daddy dan danish..


mummy plak...

danish sibuk nak jalan kat batu2 tu..

ada macam kincir kat sini..me duduk atas benda tu..boleh berpusing tu..

haa kan dah ckp..sibuk nak berlari2..x larat nak kejor..

macam ada jer tempat2 tu kan...


kecian danish tercepit..haha..

ni kat tengah2 tasik..ada mcm jambatan laa..


apa agaknya si danish & daddy ni buat..hmmm

macam model laa tu ekk daddy..:D


alalala..comelnya dia..

danish dah kepanasan tp daddy sibuk nak bergambar..


i heart this photo so much...:)


Homemade Tomyam Paste



Hari Isnin lepas aku terlebih rajin plak..
Sempat sediakan pes tomyam sendiri.
 resepinya ku amik dari internet tapi x ingat plak linknya...

Bagi yg rajin tu boleh laa buat sendiri. 
Ni sebab dah terlebih rajin tu yg buat tu.. 
Kalau x, seminggu dapur tu x berasap..wakakaka....

Cara-caranya....

1)  Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis


2) Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.

3) 3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
patutnya udang kering diblend tp aku malas..so tumbuk jer laa...



4) Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.



Hasilnya....



Resepinya..

PES TOMYAM
Bahan-bahan
3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat
1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.


Friday, November 26, 2010

Bila Cinta.....



Hari ni fefeeling jiwang skit boleh?? 
Tah kenapa hari ni sayu sangat hati ni.. 
Rindu sangat kat suami tercinta...
Cehhh..macam aku sorang ada suami kan..

layan jer laa lagu ni...sob sob sob..

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan


Aku tak pernah berhenti cintakanmu suamiku, Shaifful Rizal .........


Monday, November 15, 2010

Yeayyy!! Finally I Have 'Passport'....

Excited sungguh plak..x sabar rasanya nak jenjalan.. Lepas ni boleh round the world kot...:D

Ishh..ishh..macam banyak duit kan. Haha..

Sebenarnya, bukan passport utk pegi jenjalan over the sea lion tu tapi...

*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ni haa....


hehehe..passport watson..



 kalau korang selalu shopping kat watson better jadi ahli.
benefitnya sama jer mcm member card jusco, tesco semua tu.
beli barang dpt point. pastu leh tukar point 200point=RM1..



pastu ada gift voucher..maksimum RM5 off utk certain items.
ok laa kan..sape nak bg potongan harga gitu.
skrg ni voucher tu valid sampai Mac 2011.

sekarang ni promo kalau register online akan dapat 200point free2 jer..
oh lupa plak..nak dptkan passport ni kena bayar RM12.
mcm kad jusco jugak kan..

so, jom korang jadi member watson dan register online kat WATSON
untuk dptkan free 200 point...



Wednesday, November 10, 2010

Jalan-jalan Naik Komuter..



Hari Deepavali iaitu Jumaat lepas aku dan hubby decide nak bawak si Danish jalan-jalan naik komuter. Dia x pernah lagi naik komuter nih...Kebetulan pulak kakak ipar datang dengan anak-anaknya. So, kami ajak dorang sekali join. Jadinya, kami berenam laa pegi..X jauh pun perjalanannya. Naik dari Telok Gadong ke Port Klang jer sebab dah petang sangat. 




menunggu ketibaan komuter...

ok..jom kita masuk..

si kecik ni takut sebenarnya..1st time naik komuter..haha
muka cuak giler tu...

 stesen komuter port klang ni betul2 tepi laut..
so, ni kawasan persatuan nelayan...

 nape ni mia???

 gambar atas landasan ketapi...:D




 ni tunggu nak naik komuter..amik peluang snap jap..

 mia dan adif.

 muka selebet.=p




 both of us..hubby suka buat muka gitu.spoil gambar jer..:-S


 wah masing-masing kemain lagi klu berjalan dan posing...


ni laa komuter yg kami naik utk balik....


 eh! silap masuk coach ni...coach wanita jer ni..:D


jom tgk pemandangan luar.. 


 eh sukanya si kecik ni time balik..dah berani laa tu..




 eh..buruk sopan no minah ni posing..=p

lg sekali posing yg sungguh tidak seksi sopan..


ok..dah sampai umah...jom blk...


sampai jumpa lg.... 





Tuesday, November 9, 2010

Ayam Penyet Nyum..Nyum..



Sabtu lepas gigih aku memasak ayam penyet sebab teringin sangat nak makan. 
Ayam tu aku ikut resepi dalam internet. Cari yang paling senang. Hehe.. 
Sambalnya plak aku ikut resepi Syerah Omar
Sedap sangatt...perasan tul aku ni kan..:D

So, hasilnya....

*
*
*
*
*
*
*
*

*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*




Ekceli ni nasi ayam biasa tp sambal dan ayamnya laa ikut resepi ayam penyet.
Kalau nasi ayam penyet asli mesti ada kacang panjang dan tempe sebagai ulamannya kan..
Layankan aje laa sbb x cukup bahan...hehehehe


Monday, November 1, 2010

Duda bertemu si Dara..

Wah tajuk!! Kemain lagi kan..hehe..
Nak cerita sikit kisah satu-satunya pakcik aku iaitu adik kepada mak aku.
Last year in Oktober gak arwah isterinya pergi meninggalkan kami semua.
Dijemput Penciptanya..

Dan setahun selepas iaitu tanggal 20.10.2010 pakcikku ini menikah sekali lagi.
Jodohnya orang sekampung gak. Anak dara u...hehe..dah jodoh kan nak wat camne.
So, aku pun balik utk sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan mereka.

antara barang-barang hantaran dari pihak lelaki..

hantaran dari pihak perempuan

Ya Allah..ramainya tangan2 yg berebut buah2 tu..:D

bersanding tapi xde tepung tawar..just amik gambar sajork..

acara tukar jam tangan..

kami yang sedondon..:D

me...ngeeeeeeee


Related Posts with Thumbnails