Pages

Thursday, July 29, 2010

Penjagaan Kulit Wajah..

Nak share sikit rutin harianku walaupun kulitku tidak selicin bak telur rebus yang dikupas tapi I love my skin..;P.. Ingat lagi masa umurku 15tahun memang tak ada sebiji jerawat atau setompok parut pun kat muka ni. Tapi selepas masuk jer MRSM dah duduk hostel dengan air paip yang pergh mcm air teh tu kalernya terus muka aku bergerutu. Kalah katak puru..ekekeke..sebenarnya berangan lebih, feeling cintan cintun lebih tu yang naik jerawat tu..hahaha..adoi laa..tu laa mak pak hantar sekolah suh ngaji hang pi bercinta sape suruh.. kan dah bertenggek jerawat tu kat muka ko yg mulus tu..:D

Lepas SPM masuk plak Kolej MARA Banting setahun. Duk situ makin worse kulit aku..kalau tengok gambar dolu-dolu memang mengerikan..memang rendah diri sangat masa tu tapi tebalkan muka yang memang dah tebal dengan jerawat tu untuk belajar..hehe.. lagi plak masa tu belajar lagi so duit memang cukup-cukup untuk makan dan beli buku jer laa kan. mana nak beli skincare mahal2 yg sesuai untuk kurangkan jerawat ni. sedih kan..uhuk..

Akhirnya bila dah kerja baru laa berjinak-jinak dengan skincare ni. Ingat lagi mula-mula dulu guna Neutrogena sebab terpengaruh dengan kawan yang guna. Bila dia guna elok jer tapi aku plak macam xde apa-apa effect pun. Stop laa..cari plak skincare lain. Pastu baca review dengar orang cakap Loreal elok. Terai laa kot-kot serasi dengan kulit. Sekali tonernya plak x sesuai dengan kulit aku. Naik jerawat halus kat muka ni..hohoho..frutstnya masa tu.. Stop lagi.

Last sekali sebelum nak kahwin tahun 2005. Ingat lagi time tu lagi 6 bulan nak naik pelamin ni. Aku pun try Natasha.. Memang berseri-seri muka masa tu. Ramai yang puji laa kan..tersipu-sipu aku malu..hehehe.. Ada yang cakap seri nak naik pelamin laa, seri orang nak jadi isteri laa..mcm-mcm laa..Puas hati gak laa dengan natasya ni even aku just guna sabun dan krim malam jer. Lama-lama, dah immune kat muka aku macam xde kesan pape mcm neutrogena tu laa. Pastu dah kenal shopping online makanya ter'kenal' dan terjatuh cinta dengan skincare dari Kanada..Kalau tak silap aku Cellex-C rasanya..besh sgt pencuci mukanya sbb xde sabun..lembut jer muka lepas guna tu. tapi jodoh x panjang sebabnya mahal sangat dan susah nak maintain. huhu..




Lepas bermacam-macam skincare yang aku guna akhirnya sekarang ni aku guna Safi Rania Gold. Memang puas hati sangat-sangat laa..Walaupun x guna 1 set tapi hasilnya memuaskan. Jerawat dah jarang naik kecuali time 'bendera merah' tu laa..itu pun kecik jer. Boleh diabaikan laa..hehe.. Aku guna pencuci muka, serum, krim siang dan krim malam. Toner dia aku takut nak guna sebab takut x sesuai dengan kulit. nanti naik jerawat halus kat dahi haru laa..Krim kecantikan dia plak sangat berminyak kat kulit aku yang memang sedia berminyak ni. huhu..


First, lepas dah cuci muka aku sapu serum ni.. Serum ni besh, cepat jer meresap kat kulit. Pastu aku akan terus pakai Simply Siti Simply 5 New Age Cream. Krim ni memang sangat-sangat sesuai dengan kulit aku. Sampai ke petang mukaku maintain x berminyak sangat. Lepas tu plak, aku sapu Loreal Truematch 2-Way Super Blendable Foundation. Kalau hari kerja memang guna yang ni sebab senang nak apply.


Tapi kalau weekend atau ada function aku akan guna Loreal True Match Mineral Powder Foundation. Staying power lebih hebat dari yang atas ni. Dan kulitku nampak flawless sangat..Perasan!


hasilnya....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ini...


dan ini..

I love my current skin condition. owh..serum dan pencuci muka dah nak abis ni.. Kena beli cepat laa ni. rasa x lengkap bila x pakai serum tu. ;)


p/s: sebahagian gambar hasil google..

Monday, July 26, 2010

Majlis Perkahwinan Tema Hitam Putih

10hb lepas ada wedding sepupu kepada mak mertua..Kalau dengan husband jadi 2nd cousin laa kan. Rumah atuk saudara suami ni kat Tanjung Karang. Wedding ni bertemakan hitam putih.

pelamin buaian..style baru kot..

raja sehari..

aku, suami, wan dan ayong..

danish..mummy & daddy's lil precious..:D

merenung masa hadapan..;)

me dan rose.

berpeluh-peluh suamiku..hehe

  aku dan dirinya.....


3 of us..





p/s: credit to rose baharin for the pics..

It's His 31st Birthday..My Beloved Hubby




 
 
Another Birthday Together
 
Your birthday marks another year together;
Such happy times, I couldn’t ask for more,
Spending precious minutes, hours and days
With you, my love, whom I cherish and adore.
 
We’ve shared so much, we two, in love and friendship;
Each year our bond just seems to grow and grow.
I always want to be right next to you;
To be with you means more than you can know.
 
You’re always there for me with a loving smile;
I’m never happier than when I know you’re near.
I thought my love for you could not grow stronger;
And yet I love you even more this year. 
 
By Karl and Joanna Fuchs
 




 
 


Koc Merah Jambu


Last month pegi Jalan Tar dengan x-officemate, Siti..Kitorang naik komuter jer dari Hentian Teluk Pulai ke Bank Negara..1st time merasa naik koc merah jambu tapi x warna tu pun..KTM just letak sticker which is ramai lelaki-lelaki yang mungkin x perasan atau buat-buat x perasan koc tu khas untuk wanita. Memang koc tu di tengah2 tp rasanya ramai yg x aware pun. Kalau bernasib baik ada laa security yg akan masuk dan halau mana2 lelaki ke koc lain. Tapi ada gak yg buat muka tebal duduk jer dlm koc tu even nampak pelik. Kalau aku memang keluar dari koc tu bila tgk kita sorang jer yg lain jantina dalam tu kan..hehe..

Enjoy laa gambar yg x seberapa ni..


time ni amik gambar sendiri..segan nak mintak tolong org..

 ada girl yg baik hati tolong snap..:D

kitorang g window shopping kat Sogo dulu..pastu sebelum ke Jalan TAR, pekena lunch dulu kat Secret Recipe..

fuhh..sedapnya..grilled black pepper chicken with rice for both of us..

green apple kasturi for me and ice lemon tea for siti..

posing dulu sebelum makan..



eh..macam bukan entry koc merah jambu jer kan..hehehe..:D



Monday, July 5, 2010

Risik Merisik

Fuhh..setelah 30 tahun bernafas kat muka bumi ni baru laa semalam aku melihat kejadian risik merisik ni selain daripada time aku dirisik dulu laa..Time tu lain laa kan sebabnya aku tak dengar apa2 pun aleh2 pihak lelaki dah balik. 

Semalam aku dan suami bersama 2 orang pakcikku diarahkan oleh parents untuk pegi merisik bakal adik ipar aku. Adik lelaki aku yang bongsu dah gatal sangat nak menikah so dia yang suruh parents aku pegi berbincang dengan parents makwenya tu. So, semalam giliran kami datang membawa sebentuk cincin belah rotan. Family perempuan ni asal dari Melaka so dorang memang ikut adat laa..Kalau ikut dorang lepas ni meminang pastu baru nikah tapi kami nak shortcut jer. Lepas ni bertunang dan bernikah hari yang sama. Senang jimat kos.

Kitorang sampai around 3pm camtu dan perbincangan bermula sebaik sahaja kami melabuhkan punggung di atas hamparan tikar. Bincang-bincang punya bincang akhirnya selesai. Perbincangan seterusnya nanti antara adik aku, bakal tunangnya dan both parents laa. Aku malas nak masuk campur. So, semalam aku jadi tukang sarung cincin merisik tu. Macam kelakar plak rasanya sebab memang tak tau apa2 pasal adat2 ni so ikut jer laa..Nasib baik takde orang-orang tua dalam bilik tu so aku dok gelak-gelak jer laa dengan pompuan tu..hehehe..

lupa nak amik close up gambar cincin ni..



macam kelakar jer masa ni..serius x penah aku sarung cincin kat orang lain..
pandai sarung kat jari sendiri jer..muahahaha..


Ok..sedikit info tentang adat merisik..

MENILIK ATAU MERISIK
Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.
Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. Ini kerana, faktor dara atau kesucian seseorang gadis amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu. Istilah sudah ditebuk tupai bukan sahaja akan memalukan seluruh keluarga lelaki, malah di kalangan masyarakat Melayu, pihak lelaki dianggap dayus sekiranya mereka mengahwini anak dara yang sudah tidak mempunyai dara lagi. Sekiranya pihak perempuan merahsiakan hal ini dari pengetahuan pihak lelaki, pihak lelaki berhak menceraikan isterinya jika dia menyedari yang dia telah ditipu setelah melalui malam pertama. Ini kerana, sudah menjadi adat masyarakat Melayu menetapkan nilai mas kahwin dan hantaran yang berbeza bagi seorang anak dara dan seorang janda. Nilai bagi seorang janda adalah separuh daripada nilai seorang anak dara.
Selain itu, pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu”.Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak.
Dalam adat menilik atau merisik, selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum. Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat anak dara tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit.
Ada rombongan yang datang tanpa diberitahu dan ada juga yang datang setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Pada fahaman dan kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Ini kononnya membawa maksud bahawa jika kedua-duanya jadi diikat sebagai suami isteri, kehidupan mereka akan menjadi senang-lenang dan keadaan rumahtangga mereka akan sentiasa aman muafakat. Akan tetapi, sekiranya sewaktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana dengan yang demikian, kononnya, membawa petanda panas, iaitu tidak begitu baik. Begitu juga dipercayai oleh orang tua-tua Melayu dahulu bahawa jika sewaktu di dalam perjalanan rombongan hendak pergi merisik anak dara berlaku sesuatu bencana seperti terdapat kayu di tengah-tengah jalan, iaitu sesuatu yang dianggap menggendalakan, maka ia juga dikatakan membawa petanda yang kurang baik terhadap jodoh tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu moden kini, kepercayaan-kepercayaan sedemikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan. Malah, tidak mustahil dikatakan sebilangan besar masyarakat Melayu kini kurang memahami alamat-alamat dan petanda yang datang kepada mereka.
Setelah selesai adat menilik, rombongan tersebut akan pulang. Satu rundingan akan diadakan di antara ahli keluarga pihak lelaki yang melibatkan adik-beradik dan waris terdekat untuk mencari kata putus tentang hal tersebut. Mereka kemudiannya akan berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan.

Resepi rempah perapan ikan bakar

Bulan April lepas (kalau tak silap) ada masak ikan bakar kat sekolah. Cikgu Tajul (kaki pancing) yang bawak ikan rohu (betul ker ekk) untuk dibakar. Sehari sebelum tu dia suruh aku sediakan rempah perapan ikan tu. Aku tak pernah lagi makan ikan rohu ni so tak tau laa cemana ropanya dan rasanya. 


So, malam tu aku buat laa ikut resepi yang cilok dari internet tapi dah diubahsuai ikut citarasa aku. Mulanya aku risau gak takut tak kena dengan selera orang kan. Tapi, ada aku kisah?? Hehehe..So, inilah hasilnya ikan bakar tu. Gambar lebih dekat tak ada ya sebabnya nanti cikgu cikgi cakap aku ni jakun pulak skit2 nak amik gambar..pastu post dalam FB..erkk..




Dorang yang makan ikan ni cakap sedap dan takde bau hanyir. Korang tau laa kan kalau ikan pancing kat kolam ni bau hanyirnya unacceptable laa..aku pun tak lalu nak makan tapi ikan bakar ni xde rasa atau bau hanyir. Pastu dorang mintak laa resepi rempah perap tu dari aku. Rempah tu sebenarnya aku masak main campak-campak jer..muahahaha..jangan aku tercampak sudah laa kan..So, aku tak ingat sangat tapi aku cuba laa..



Bahan-bahannya:

# Segenggam cili kering
# 2 biji bwg besar-nak guna bwg merah pun boleh
# 4 ulas bwg putih
# 2-3 btg serai
# 2 inci halia (atau ikut suka nak byk pun boleh.Ikut banyak mana ikan yang nak dibakar)
# 2-3 tangkai bunga kantan
Asam jawa - secukup rasalahh
1/2 keping gula melaka
Gula & garam secukup rasa
Daun limau purut - dihiris halus (3/4 helai cukup laa nak bagi wangi jer)
Daun pisang
Aluminium Foil

Cara-caranya:
  1. Ikan dipotong dua.Sementara itu kisar bhn yg bertanda ' # '.Kemudian tumis bhn kisar tersebut.Masukkan air asam jawa, gula melaka,gula dan garam.Tumis sehingga masak.
  2. Setelah masak lumurkan pd ikan.Dan bungkus ngan daun pisang dan aluminium.slps itu bakarlah sehingga masak.

Yang membuatkan ikan ni tak ada bau hanyir aku rasa bunga kantan tu laa..Sebabnya memang bau rempah ni lain sangat..Wangi jer..

So, boleh laa try nanti ya..Kalau sedap bagitau kawan, tak sedap bagitau saya..ekekekeke..

Saturday, July 3, 2010

Buah Kaki

keji ok..tetiba jer gambar cerita ibu mertuaku plak dah dlm entri ni..

ok cekidaud!!

Sekarang ni, pagi2 on the way nak pegi keje selalu dengar ERA jer..
Gandingan Paknil, Ray dan Hanif memang best!!
Ada satu hari tu dorang buka topik pagi kisah mertua..

ada caller ni call cerita kisah anak dia bawak balik boipren 
nak kenalkan kat dia laa..
Nama makcik ni Siti..Cik Siti (CS) laa kot sopan skit..hihihihi

CS: Suatu hari tu anak makcik ckp nak kenalkan boipren dia kat makcik..
Makcik suh dia datang laa..

ERA: ok..budak tu datang sorang ker?

CS: aah..sorang laa..pastu bawak laa buah tangan.. 
Buah tembikai sbb besar laa tu..
sekali tu masa nak serah kat makcik 
buah tu jatuh..pecah laa buah tu..
yang budak tu melatah 'Oh, mak..mak..mak..

(geng riuh pagi gelak2 jer)
ERA: eh dah panggil mak plak dah..:D



CS: haa..bukan buah tangan lg tapi dah jadi BUAH KAKI..
tapi akhirnya jadi menantu makcik gak..

ERA: abis tu skrg ni makcik suka mkn tembikai laa..

CS: apa kelas tembikai?? (ahahahahaha)

Cara makcik ni ckp mmg kelakar giler..
sebiji macam Mak dara dalam cerita Ibu Mertuaku itu...
'Kassim Selamat? Siapa dia Kassim Selamat??
Loyar? Majistret?'

'AHLI MUZIK..'

'Memang pantang datuk nenek moyang aku ahli muzik..
anak x mengenang jasa!!'


Sampai kat skool, ada student ni tanya aku..

'Cikgu, ckp dgn siapa dalam kereta tadi?
pastu gelak sensorang jer..?'

'Cikgu dengar radio laa..' 

ehehehehe..
Related Posts with Thumbnails