Pages

Thursday, July 29, 2010

Penjagaan Kulit Wajah..

Nak share sikit rutin harianku walaupun kulitku tidak selicin bak telur rebus yang dikupas tapi I love my skin..;P.. Ingat lagi masa umurku 15tahun memang tak ada sebiji jerawat atau setompok parut pun kat muka ni. Tapi selepas masuk jer MRSM dah duduk hostel dengan air paip yang pergh mcm air teh tu kalernya terus muka aku bergerutu. Kalah katak puru..ekekeke..sebenarnya berangan lebih, feeling cintan cintun lebih tu yang naik jerawat tu..hahaha..adoi laa..tu laa mak pak hantar sekolah suh ngaji hang pi bercinta sape suruh.. kan dah bertenggek jerawat tu kat muka ko yg mulus tu..:D

Lepas SPM masuk plak Kolej MARA Banting setahun. Duk situ makin worse kulit aku..kalau tengok gambar dolu-dolu memang mengerikan..memang rendah diri sangat masa tu tapi tebalkan muka yang memang dah tebal dengan jerawat tu untuk belajar..hehe.. lagi plak masa tu belajar lagi so duit memang cukup-cukup untuk makan dan beli buku jer laa kan. mana nak beli skincare mahal2 yg sesuai untuk kurangkan jerawat ni. sedih kan..uhuk..

Akhirnya bila dah kerja baru laa berjinak-jinak dengan skincare ni. Ingat lagi mula-mula dulu guna Neutrogena sebab terpengaruh dengan kawan yang guna. Bila dia guna elok jer tapi aku plak macam xde apa-apa effect pun. Stop laa..cari plak skincare lain. Pastu baca review dengar orang cakap Loreal elok. Terai laa kot-kot serasi dengan kulit. Sekali tonernya plak x sesuai dengan kulit aku. Naik jerawat halus kat muka ni..hohoho..frutstnya masa tu.. Stop lagi.

Last sekali sebelum nak kahwin tahun 2005. Ingat lagi time tu lagi 6 bulan nak naik pelamin ni. Aku pun try Natasha.. Memang berseri-seri muka masa tu. Ramai yang puji laa kan..tersipu-sipu aku malu..hehehe.. Ada yang cakap seri nak naik pelamin laa, seri orang nak jadi isteri laa..mcm-mcm laa..Puas hati gak laa dengan natasya ni even aku just guna sabun dan krim malam jer. Lama-lama, dah immune kat muka aku macam xde kesan pape mcm neutrogena tu laa. Pastu dah kenal shopping online makanya ter'kenal' dan terjatuh cinta dengan skincare dari Kanada..Kalau tak silap aku Cellex-C rasanya..besh sgt pencuci mukanya sbb xde sabun..lembut jer muka lepas guna tu. tapi jodoh x panjang sebabnya mahal sangat dan susah nak maintain. huhu..




Lepas bermacam-macam skincare yang aku guna akhirnya sekarang ni aku guna Safi Rania Gold. Memang puas hati sangat-sangat laa..Walaupun x guna 1 set tapi hasilnya memuaskan. Jerawat dah jarang naik kecuali time 'bendera merah' tu laa..itu pun kecik jer. Boleh diabaikan laa..hehe.. Aku guna pencuci muka, serum, krim siang dan krim malam. Toner dia aku takut nak guna sebab takut x sesuai dengan kulit. nanti naik jerawat halus kat dahi haru laa..Krim kecantikan dia plak sangat berminyak kat kulit aku yang memang sedia berminyak ni. huhu..


First, lepas dah cuci muka aku sapu serum ni.. Serum ni besh, cepat jer meresap kat kulit. Pastu aku akan terus pakai Simply Siti Simply 5 New Age Cream. Krim ni memang sangat-sangat sesuai dengan kulit aku. Sampai ke petang mukaku maintain x berminyak sangat. Lepas tu plak, aku sapu Loreal Truematch 2-Way Super Blendable Foundation. Kalau hari kerja memang guna yang ni sebab senang nak apply.


Tapi kalau weekend atau ada function aku akan guna Loreal True Match Mineral Powder Foundation. Staying power lebih hebat dari yang atas ni. Dan kulitku nampak flawless sangat..Perasan!


hasilnya....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ini...


dan ini..

I love my current skin condition. owh..serum dan pencuci muka dah nak abis ni.. Kena beli cepat laa ni. rasa x lengkap bila x pakai serum tu. ;)


p/s: sebahagian gambar hasil google..

No comments:

Related Posts with Thumbnails