Pages

Wednesday, June 9, 2010

Wedding Of The Year...

Last week hari Sabtu ku pegi jemputan kenduri kahwin sepupu suami iaitu Siti dan Iwan. Wedding ni diadakan waktu malam di dewan SJK(C) Pandamaran. Majlis bermula jam 8.00 malam. Kitorang sampai dewan around 8.30pm macam tu. Dek kerana konvoi dengan atuk suami dari rembau yang rabun malam makanya kena laa drive 60km sejam jer..uishh..laju laa tu kan..ehehe..

Hubbyku cakap ku ni perasan suka amik gambar sendiri..perasan lawa katanya tapi sebenarnya lawak..huhu..Tengok jer laa gambarku ini yang diambil sendiri..hehehe..


Opss..yang di pangkuanku itu anak buahku..Danish namanya..ku memang amik dia every weekend tido kat umah..yang ni next entry laa citer..

Masa ku tengah makan kat dalam dewan tu tetiba dengar bunyi mercun kat luar.. Suruh hubby pegi tengok dan dia cakap dorang bakar mercun menandakan pengantin dah tiba. Wah..memang laa grand kan..

So, lepas ku makan pengantin pun dah berada di pelaminan angan mereka. Sungguh berseri-seri bagai pinang di belah ...... hmm..ikut suka laa nak belah berapa pun kan..hikhikhik...

They were meant for each other..

Lama jugak laa ku duk kat situ since dewan besar dan meja pun banyak. Tak berebut-rebut dengan orang yang baru sampai kan. Dan makanannya pun memang sedap. Main course ialah nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging, dalca dan sayur nenas. Side dishes ada bubur jagung, ABC (haa yang ni memang dari awal majlis sampai ku nak balik masih ramai yang beratur nak amik..huhu), Soto ayam, mee rebus, kuih-muih dan buah-buahan. Memang kenyang laa makan malam tu.

Sian pulak ku tengok si kecik ni..Gara-gara diberi ubat selsema dan demam sebelum datang majlis ni dia bad mood jer malam tu.. Asyik nak berdukung jer..Pulak tu, x kisah siapa-siapa pun yang nak amik dia on jer..


Sebelum balik tu sempat laa bergambar bertiga-tigaan dengan hubby dan si kecik tu. Wah sedondon gitu haa..ehehe..baju tu ku cari semata-mata untuk wedding ni laa..Gigih tu..sebabnya dah tak ada baju yang cun untuk dipakai..haihh..ini laa perempuan..

haa..gambar ni bukan amik sendiri laa kan..hehe..

Selamat Pengantin Baru Siti dan Iwan.
Selamat menempuh alam rumahtangga dan semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa.





No comments:

Related Posts with Thumbnails