Pages

Sunday, March 8, 2009

Bengkel Sains Sukan MSN

Entry ni dah lama nak masukkan tp kebizian melanda. Dengan keje opis yang mmg x akan habis..pastu menjahit tudung plak, tu yang tertangguh2 nak update blog.

18/2 ari tu Kelab Hasil Klang (KHK) menjemput 2 penceramah dari MSN iaitu Olahragawati Malaysia suatu masa dulu, Puan Zaiton Othman dan En Suhardi Alias (Pengarah Cawangan Pembangunan Organisasi MSN). Seronok jugak attend bengkel ni walaupun adakalanya kemengantukan melanda. Tapi kugagahkan mata ni demi ilmu yang memang amat berguna dalam kehidupan harian.

Tajuk ceramah Puan Zaiton ialah Stress dan Pengurusan Stress. So here’s some of the content of the speech.

Tanda-tanda Stres

a) Gejala Fizikal
- degupan jantung yang cepat
- banyak peluh
- terasa loya
- bernafas kencang
- cirit-birit dan terasa hendak buang air kecil
- selera makan berubah
- gangguan seksual
- sakit badan – punca tidak jelas (cth mcm yg kita selalu kena ialah sakit di bhgn bahu dan leher)
- penyakit lelah, sakit kepala dan ruam.

b) Gejala Mental
- Hilang kawalan atau dihantui peristiwa lalu
- rimas dan bimbang
- gagal tumpukan perhatian or make decisions
- berasa tidak sihat
- sukar tidur
- keinginan seks menurun
- terasa amat letih
- minum alcohol dan merokok
- perubahan perasaan – murung dan kecewa, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan gelisah.

Pengurusan Stres
- respons relaksasi ( 15-20mins)
- biofeedback (EEG,ECG, EMG, BP, TS, GSR
- muzik (Baroque, New Age)
- Seni (tarian, lukisan, ukiran)
- Acupuncture, SHiatzu, reflexology
- Fesyen (belly breathing)
- Positive Imagery
- Placebos (colors, shapes, flavors, sizes, prices)
- Hobi, jenaka ketawa
- Stress cures
- Program senaman
- Keluarga dan kawan-kawan
- Tabiat pemakanan

“We are what we eat, drink or smoke” – Tan Sri Dr Ani Arope (The Star 14112005)

“Many of us do not realize that we have a direct link to the Almighty. Few of us tap this super energy source of power. I believe fervently in the power of prayer. Visualize what you seek in your prayers, then energize the programme to actualize what you seek. In my life, I have used this creative principal to guide me in my career and life path. Try out for yourself.” – Tan Sri Dr Ani Arope (The Star 14112005)

Tajuk ceramah En Suhardi pulak ialah “Nutrition Fitness & Health”.

Antara isi-isi ceramah yang sempat dicatit..selebihnya banyak gelak sebab En Suhardi ni memang lawak. Yang lawaknya, sblm buat lawak dia yang gelak dulu. kekekeke....

1) 3 tanda jika suplemen yang kita ambil mengandungi steroid.
o sendi bengkak
o jerawat banyak tumbuh di muka dan badan
o sore throat – cepat dahaga.
So elakkan daripada mengambil ubatan yang mengandungi steroid.

2) Pengambilan kafien >200mg sehari akan menyebabkan ketagihan. 200mg tu lebih kurang 12 gelas laa..

3) Untuk elakkan rambut gugur, pengambilan putih telur, soya, tempe amatlah digalakkan. Tempe juga baik untuk tulang.

4) En Suhardi nasihatkan susu formula untuk bayi dan kanak-kanak perlulah mengandungi kandungan DHA yang tinggi. X perlu nak cari susu yang ada macam2 khasiat. DHA ni penting untuk proses tumbesaran otak. Antara makanan yang mempunyai zat DHA ni ialah, kismis, limau, kurma dan madu.

5) Kalau breakfast tu lebih elok ambil roti fiber atau bihun ( x kisah laa goreng ker sup ker) kerana katanya bihun tidak menggemukkan. Tapi janganlah hari2 mkn bihun lak. Seeloknya 2x seminggu. Roti canai tinggi kandungan kolestrol so sepatutnya sekali jer sebulan..wakaka..klu hr ni mkn tunggu la hujung bln dpn baru leh makan balik. Tapi klu rajin bersenam xper..kata en suhardi klu dah makan roti canai kena menyanyi 3jam untuk bakar kalori.huhu…bkn 3 lagu occay!!


6) En Suhardi tanya kenapa kita pakai cincin di jari manis?? En S ni tanya laa staff wanita yang attend bengkel ni..ada yang jawab suami sarung kat jari manis so pakai jer laa..hehehe..logik gak..

En. S explain kat jari manis kita ni ada satu saraf yg mmg penting tp kt x sempat catit apa sarafnya

dan kepentingannya..so, nak tau logik ker x kita tgk gmbr bwh ni...




Cuba korang buat mcm dlm gmbr ni..jari tengah tu mesti dilipat laa..lps tu, cuba bukak satu persatu jari-jari yang kita rapatkan tu..mula dari ibu jari, jari telunjuk, jari kelengking dan last sekali jari manis..

Agak-agak korang boleh ker jari manis tu dibukak??? jawapannya.....












TIDAK!!!


haa...logiknya pakai cincin di jari manis ialah tuk cover saraf kat jari tu supaya tak rosak..

Nasihat En Suhardi kalau pegi shopping jangan jinjit beg plastik pada jari sebaliknya guna tapak tangan atau pergelangan tangan atau kalau kemalasan melanda suruh laa boyafren kaa, suami kaa, adik-adik lelaki yang bawak...hehehe...

7) Makan jangan bersulam air. Seeloknya minum air sebelum makan skit then 10minit selepas makan baru boleh minum air semula. NO ICE!! Kalau air sejuk dari peti ais tu ok..

8) Untuk tulang, elok amik tempe, yoghurt dan budu (tapi jangan lak dihirup atau diminum lak budu tu..hehe...Tulang rawan ayam elok untuk sendi.



No comments:

Related Posts with Thumbnails