Pages

Tuesday, March 2, 2010

Pemergian yang pasti...

Kehidupan di dunia hanyalah sementara. Yang hidup pasti mati. Tidak akan lewat walau seminit pun. 15hb Februari jam 5.00 petang,me dapat call dari makcik bahawa pakcik hubby yang dipanggil Ateh Helen akan menjalani dialisis kerana kegagalan buah pinggangnya berfungsi dengan baik. Setengah jam kemudian, me dapat call semula yang Ateh Helen dah tidak sedarkan diri kerana jantungnya terhenti ketika menjalani dialisis tersebut. Me dengan hubby bergegas ke HUKM dan sampai di sana jam 7pm.. Ketika sampai di wad, me tgk nurse tengah bantu Ateh bernafas dengan mengepam oksigen. Nampak keadaannya agak lemah. Menurut nurse tersebut, Ateh akan dipindahkan ke wad ICU.

Jam 7.30pm (lebih kurang laa), Ateh dipindahkan ke wad ICU di tingkat 2. Hampir 2jam kami menunggu di luar wad. Lebih kurang jam 9.30pm, doktor memanggil isteri dan anak Ateh. Tak lama kemudian, makteh keluar dan doktor menyatakan Ateh tiada harapan untuk sembuh dan meminta kami berdoa semoga dipermudahkan segalanya. Kami bergilir-gilir masuk ke wad untuk membacakan Yassin. Lebih kurang jam 10.45 me dan hubby mohon beransur balik kerana telah lama di situ dan kepenatan. Sampai di perkarangan hospital, kami berborak dulu dengan pakngah. Tidak lama kemudian, pakngah menerima sms yang berbunyi dari nombor yang tidak dikenali "Naik sekarang!". Hubby call no tersebut dan sepupu hubby yang jawab memaklumkan Ateh sudah nazak. Kami bergegas naik dan sampai di tangga nak ke wad hubby dapat call menyatakan Ateh telah tiada. Terduduk hubby dan dia menangis. Me menenangkan hubby dan mengajak beliau naik dahulu.

Sampai di wad, suasana pilu menyelubungi semua ahli keluarga dan me dapat rasakan kehilangan yang betul-betul menyentap jiwa semua. Aku bergegas masuk untuk melihat jenazah. Air mata tidak henti2 mengalir dan kehilangan ini betul2 dirasai. Me menelefon ibu mertua memaklumkan berita tersebut. Kami meminta diri untuk pulang ketika jam hampir menunjukkan 12.00pagi. Jam 4.00 kami bertolak balik ke kampung di Rembau untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah. Alhamdulillah jenazah selamat dikebumikan sebelum Zohor. Me dapatkan surat kematian Allahyarham dan sebab-sebab kematian adalah "Advanced Pancreatic Carcinoma with complication". Memang itu yang kami sangkakan dari awal lagi.

Ada suatu perkara yang sangat benar dan semua orang tahu dan beriman bahawa ia benar namun terlalu ramai orang yang mendustakannya setelah beriman dengan kebenarannya. Apa dia?? Itulah dia MATI. Kalau kita beriman dengan benarnya kematian, sudah tentu kita amat takut untuk melakukan maksiat malahan membuang masa juga tidak sanggup kita lakukan. Mengapa? Sebab kita tidak tahu bila kita akan mati. Cukupkah bekalan kita untuk ke akhirat nanti. Apa kita nak jawab di hadapan Tuhan dengan seciput bekalan yang kita bawa?? Bayangkan pula kalau mati menemui kita sewaktu kita sedang sedap melakukan maksiat dan membuang masa. Nak jawab apa depan kamera Tuhan?? Na'uzubillahi min zalik.

Harapnya kita tidak tergolong di kalangan orang yang mendustakan MATI. Kalau sudah dibangkitkan kelak, kita sudah tiada peluang lagi untuk kembali ke dunia.

Semoga roh arwah Helen bin Md Jusoh aman di sana dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..Amin..

No comments:

Related Posts with Thumbnails