Pages

Tuesday, September 28, 2010

Rambut Gugur?? Penyelesaiannya.....

Ekceli, aku pun baru lagi guna produk ni. Keberkesanannya padaku masih belum nampak sangat laa kan. Tapi kalau baca review memang semuanya bagus-bagus. Aku pun tergoda setelah bertapa kat satu forum ni. 


Aku ni memang ada masalah keguguran rambut. Tak boleh rambut panjang..Bila panjang jer gugur..Gugur je panjang..eh apa aku merepek daa..:D


So, aku pun cuba laa syampu ni..Seprais!! 1st time guna pun dah boleh nampak hasilnya. Kalau dulu, lurutkan rambut ikut Skala macam Thomas Taw cakap dalam iklan Sunsilk tu..rambut aku sampai skala 10..hihihi.. maknanya mmg senang gugur, tidak kusut.. tapi guna syampu ni selai dua jer laa yg melekat kat jari. tu baru 1st time guna tawww....cuba bayangkan kalau abih sebotol..


Yang best lagi syampu ni buat rambutku lebih lembut dan terurus..Lihat rambutku, cantik kann!! :P


Sebelum ni dah macam-macam syampu aku guna. Semuanya tidak memuaskan hatiku..Kalau x cuci rambut 3 hari pun dah berminyak-minyak jer rasa..tapi syampu ni ok..so far aku pernah x cuci rambut 3hari tp rambut x berminyak sangat pun. 


Dah hampir sebulan aku guna syampu ni..nak tunggu abis sebotol nanti aku review lagi k..:)


Kat sini pun ada review pasal syampu nih....


Korang try laa syampu nih bagi yg ada masalah rambut ni. Cuba cari kat Tesco, Carrefour, Giant atau Guardian. Aku ari tu beli kat Tesco jer..

Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri 2010

Meh nak share gambar raya tahun ni..gambar tak berapa menarik sebab guna kamera henpon jer. tah bila nak angkat kamera pun x taw la..tengah gigih kumpul duit nih.

gambar ayu syok sendiri di rumah..sebelum berangkat ke umah mertua..
suami cakap baju sama dgn kusyen except for the color..jahat sungguh..;p


dengan chenta hatiku...:D

bersama ibu mertua...

it's me..ehehe..clear skit no..nampak segala parut kat muka..huhuhu
nak tunjuk tudung sebenarnya tu..ekekeke..

gigih aku membeli baju sama kaler dgn suami..nasib baik jumpa. ;)

Monday, September 20, 2010

Salam Aidilfitri 1431H





Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang 
Bermaaf-maafan sesama kita




Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya



Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan



Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban



Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya



Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira


Selamat Hari Raya Aidilfitri dariku buat semua rakan taulan, sahabat handai, saudara mara semua..Semoga Aidilfitri kali ini mengeratkan lagi silaturrahim antara kita..
Related Posts with Thumbnails