Pages

Thursday, June 24, 2010

Gelagat Danish

Semalam balik dari kerja aku singgah umah abang aku. Terasa rindu plak dengan danish ni. Sampai jer kat depan gate umah aku nampak danish tengah main kat depan tu. Bila dia nampak jer kereta buruk aku terus dia berlari masuk ke dalam..Tergelak-gelak aku dalam kereta tengok gelagat dia.

So, aku pun dukung dia nak bawak balik umah mak mertua jap. Mula-mula dia menangis beria-ia gak. Aku cepat-cepat suruh mak dia buatkan susu dan aku terus masuk kereta. Dia still menangis lagi tapi aku pujuk dia. Yang harunya dia x nak duduk seat lain. Nak duduk kat riba aku jugak..Adoii..


Camni laa gaya tiap kali aku amik dia. Jenuh gak nak drive gak..


Layan jer laa gelagat mat bunga ni..ehehe..

Tuesday, June 22, 2010

Makan bola, minum bola, mandi bola, tidur bola


4 tahun sekali World Cup (WC) ni datang. So, sebulan ni jer laa mana2 org akan bercerita pasal bola. Makan bola, tidur bola,minum bola..brrrrrrr...mcm iklan Coke tu..ehehe..


Tahun ni WC kat Afrika Selatan. Ada 10 venue untuk perlawanan WC kali ni.


So, apa team pilihan korang? Argentina, Brazil, German, Portugal, Spain, France, Italy? Sekadar menyebut beberapa pasukan pilihan..Tapi jangan dilupakan pasukan-pasukan underdog macam Chile, Honduras, Nigeria tu. Dorang pun hebat2 gak. Jangan pandang rendah pada team2 ni. Dorang boleh buat kejutan ok...


So team pilihan aku ialah German..minat team ni sejak 1998 lagi. Time tu aku belajar kat Kolej Mara Banting. Sanggup tu tido kat bilik tv bawah semata-mata nak tgk WC ni. Tahun 2002 dah masuk UM..masa tu duk umah sewa kat Vista Angkasa. Bergegar rasa rumah masa tu klu menjerit time gol. Kadang tu dgr gak suara bersorak dari flat depan vista tu..


Selain German, aku minat Spain. Ni gara-gara tgk Euro 2008 laa..dolu2 xde plak minat. Tapi disebabkan players handsome2, maka terminat laa pulak. Suka tgk corak permainan dorang. Short passing dan tersusun.


Oh ya, hubbyku sokong team Argentina. Suka laa dia tgk Messi tu main. Key-player Argentina tu.

Banyak favourite team aku sebenarnya tapi x bleh nak minat semua laa..heheh..antaranya Brazil dan France..

Oh ya, aku pun dulu pernah terminat Portugal sebab Ronaldo tapi bila tau dia suka berlakon atas padang terus x minat dah. Muahaha...

Dulu, masa xde asteruk tu aku ngan hubby lepak mamak jer..masa tu duk dgn mak mertua so x leh laa nak tgk kat umah. Takut mengganggu depa nak tido kan. Tapi skrg dah ada asteruk tu tgk kat umah gak laa..Tahun ni blum pernah lg tgk kat mamak so igt sebelum WC ni abis nak gak feel tgk kat mamak tu..Leh jerit selamba2 jer..ehehehe..

So, tahun ni tak tau laa team mana yang menang kan..Kita tunggu jer laa nanti. Dalam bola sepak ni macam2 boleh jadi.

Inilah piala yang menjadi rebutan..Kita nantikan team manakah yang bakal membawa pulang piala ini. Makan bola, tido bola..minum Coke..brrrrr..





Monday, June 21, 2010

Si Kecik Kenot

Oh ya..dalam entry yang lepas ku ada cerita pasal si kecik tu. So gini sebenarnya citer dia..

Danish ni anak kepada abangku. Dia ni memang all-rounders laa senang cakap. Senang sungguh nak menjaganya. Ingat lagi masa mula-mula aku bawak dia balik tido umah. !st night tu jenuh gak aku nak tidokan dia. Klu nak tido, dia akan cari bantalnya dan main-main kat bucu bantal tu.


Kadang-kadang dia gigit2 bantal tu. Kalau x dapat bantal dapat kolar baju pun jadik. hehehe..


Bila dia dah camtu aku pun buatkan susu, tutup semua lampu bawak masuk bilik. Pastu baring sebelah dia dan dodoikan skit2. Kadang dengan aku sekali lena..ahaha.. See, senang kan nak tidokan dia. Tapi kadang klu datang angin dia x mau gak dia tido.


Klu dia dah penat sgt x perlu tutup lampu pun dia akan tido sendiri.


So, start dari hari tu aku akan amik dia tiap2 minggu bawak balik tido kat umah. Tapi sekarang ni kalau aku datang umah dia, dia macam dah takut2 plak dgn aku. Takut aku nak amik dia laa tu. Tapi klu time nak amik tu dia x nak ikut aku bawak lari jer..dia nangis kejap jer..pujuk2 skit diam laa dia.

Umur dia ni bulan 8 ni masuk 2 tahun laa. Tapi still x leh cakap lg eventho gigi dah banyak dan bersepah. Kerana giginya ni laa buat senyuman dia manis. Dan dia ni memang suka senyum. Bangun tido senyum..nak tido senyum..



Ada satu hari tu aku tengah kemas-kemas rumah. Sekali terjumpa anak tudung ada awning tu. Aku pun sengaja pakaikan nak tgk cantik ker x. Aku ingat dia akan cepat2 tanggalkan tapi ada dkt 1/2jam jugak dia pakai. Aku terpaksa tanggalkan sbb sian dia kepanasan..

Comel ok dia pakai tudung..saaaaangat comel..baru nampak pipi chubby dia tu..gewammm..;p





Tuesday, June 15, 2010

Ilmu Di Sebalik Nombor 1-10


Berikut ini dicatatkan beberapa fakta yang sangat baik untuk kita sama-sama ingat dan ambil pengajaran daripadanya. Fakta ini sengaja disusun mengikut nombor/angka dari 1 hingga 10 agar ianya memudahkan kita untuk ingat dan ambil manfaat daripadanya.


Istiqamah itu satu jalan.

Awalnya kemulian, pertengahannya keselamatan, dan akhirnya
adalah syurga yang menanti.


Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat yang dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis {bertaubat kepada Allah} terutama di malam hari.
2)Darah para syuhada di medan jihad fisabilillah.



Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup Rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}

2)Isteri yang solehah
3)Solat


Berkata Saiyidina Ali karamallahu wajhah: Barangsiapa yang di berikan kepadanya empat perkara, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan dunia dan akhirat:
1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang di haramkan oleh Allah.

2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
3)Malu yang menegahnya dari kejahilan org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.


Berkata seorang soleh : Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:
1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}

2)Kosong perut.

3)Melakukan qiamullail.

4)Memohon ampun di waktu sahur.

5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}


Enam cara menghindarkan dari iblis:
1)Bertaqwa kepada allah di mana sahaja.

2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3)Selalu berzikir dan berwirid.
4)Memperbaharui taubat.

5)Memperbanyakkan istighfar
6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah di samping asasnya ilmu
yang bermanfaat


Tujuh anak-anak rasulullah SAW:

1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum

Ada lapan senjata utama perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya :

1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)Kata-kata yang manis
8)Mengugut bahawa ia akan lari.

Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan di kuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikut :

1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)Susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5)Suka berdebat terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat, dan wang ringgit
7)Pemarah
8)Ingin dihormati {gila puji}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.

Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar dengan tubuh yang asal dari kubur:

1)Para nabi dan rasul

2)Para ahli jihad{mujahid}
3)Para ahli ulama
4)Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang adil
7)Muazzin
8)Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati d bunuh atau dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau d malam jumaat.




Wednesday, June 9, 2010

Subhanallah...Maha Suci Allah..


Indah sungguh ciptaan Tuhan. Gambar ni ku snap masa on the way nak pegi kerja. Masa ni masih dalam kawasan rumah lagi so bawak kereta pun slow jer laa. Tu yang sempat snap gambar ni. Dah pernah letak dalam FB gambar ni. So kali ni share kat blog pulak laa..


Wedding Of The Year...

Last week hari Sabtu ku pegi jemputan kenduri kahwin sepupu suami iaitu Siti dan Iwan. Wedding ni diadakan waktu malam di dewan SJK(C) Pandamaran. Majlis bermula jam 8.00 malam. Kitorang sampai dewan around 8.30pm macam tu. Dek kerana konvoi dengan atuk suami dari rembau yang rabun malam makanya kena laa drive 60km sejam jer..uishh..laju laa tu kan..ehehe..

Hubbyku cakap ku ni perasan suka amik gambar sendiri..perasan lawa katanya tapi sebenarnya lawak..huhu..Tengok jer laa gambarku ini yang diambil sendiri..hehehe..


Opss..yang di pangkuanku itu anak buahku..Danish namanya..ku memang amik dia every weekend tido kat umah..yang ni next entry laa citer..

Masa ku tengah makan kat dalam dewan tu tetiba dengar bunyi mercun kat luar.. Suruh hubby pegi tengok dan dia cakap dorang bakar mercun menandakan pengantin dah tiba. Wah..memang laa grand kan..

So, lepas ku makan pengantin pun dah berada di pelaminan angan mereka. Sungguh berseri-seri bagai pinang di belah ...... hmm..ikut suka laa nak belah berapa pun kan..hikhikhik...

They were meant for each other..

Lama jugak laa ku duk kat situ since dewan besar dan meja pun banyak. Tak berebut-rebut dengan orang yang baru sampai kan. Dan makanannya pun memang sedap. Main course ialah nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging, dalca dan sayur nenas. Side dishes ada bubur jagung, ABC (haa yang ni memang dari awal majlis sampai ku nak balik masih ramai yang beratur nak amik..huhu), Soto ayam, mee rebus, kuih-muih dan buah-buahan. Memang kenyang laa makan malam tu.

Sian pulak ku tengok si kecik ni..Gara-gara diberi ubat selsema dan demam sebelum datang majlis ni dia bad mood jer malam tu.. Asyik nak berdukung jer..Pulak tu, x kisah siapa-siapa pun yang nak amik dia on jer..


Sebelum balik tu sempat laa bergambar bertiga-tigaan dengan hubby dan si kecik tu. Wah sedondon gitu haa..ehehe..baju tu ku cari semata-mata untuk wedding ni laa..Gigih tu..sebabnya dah tak ada baju yang cun untuk dipakai..haihh..ini laa perempuan..

haa..gambar ni bukan amik sendiri laa kan..hehe..

Selamat Pengantin Baru Siti dan Iwan.
Selamat menempuh alam rumahtangga dan semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa.





Related Posts with Thumbnails