Pages

Thursday, March 4, 2010

Panas.....panas..panas...

Lately, cuaca sangat laa panasnya..Even duduk dalam aircond pun  x terasa pun kesejukkanya. Hari ni dari start keje jam 8pagi sampai jam 12pm baru laa boleh keluar dari bilik. Sebabnya, awal2 pagi check RAM CPU yang rosak ari tu. Dah tukar RAM, monitor plak x detect. Kuar mesej 'No Signal Power'. So, assuming that the MOBO dah rosak. Hmmm..esok baru nak jumpa Ustaz (Guru ICT) untuk bagi report.

Tak lama lepas tu, Cikgu Eawan pulak datang bagitau borang PROTIM yang didonlod semalam x boleh link formulanya. Google punya Google, cari punya cari, last resort ialah buat borang baru. Nasib baik 1 borang jer klu 5/6 borang mau kul 6 baru balik. Dah settle masalah cikgu Eawan, datang pulak Guru Besar minta tolong download assignment dari emel dia. Actually bukan dia suruh me buat tapi minta me tunjukkan. So, me tunjukkan laa..End up kul 12 baru laa bleh pegi makan. K.ita (pengusaha kantin) ingatkan me xde cuz x dtg2 mkn pun kan.. hehe..

Tapi..jam 12 lebih lps makan GB panggil me semula..banyak lak assignment dia yang belum didownload.. akhirnyaaa..me jugak yang kena settlekan download tu. GB cakap dia nak datang malam ni untuk siapkan assignment dia tu. Sian gak kat dia cuz kat umah dia coverage broadband x berapa OK..hmmm nak wat camne kan..dah duduk kat pedalaman ni memang laa internet is one of the problem.



Tuesday, March 2, 2010

Cuti yang tidak 'cuti'

Kenapa lak cuti yang tidak 'cuti'?? Hehe..mana taknya..hubby nak pegi keje kena kejutkan dia...dah tu kita lak yang tak boleh tidur dah lepas tu. Lepas hubby pegi keje me terus mandi dan bersiap-siap balik rumah jap sebab x bawak jeans. So, merempit jer balik botanik jap amik baju. Balik dari botanik siapkan jahit manik baju officemate hubby.

Jam 2pm baru pegi klinik pandamaran. Nasib baik ada makngah hubby yang merupakan bidan kat situ. So, amik kesempatan laa dapatkan turn awal masuk jumpa doktor. Dalam kul 3pm dah settle semua. MIL ajak pegi Econsave cari lauk. Balik dari Econsave MIL ajak pegi tengok perabot plak. Huhu..kepenatan dan kepanasan. Itu laa yang dikatakan cuti yang tidak 'cuti'....




Pemergian yang pasti...

Kehidupan di dunia hanyalah sementara. Yang hidup pasti mati. Tidak akan lewat walau seminit pun. 15hb Februari jam 5.00 petang,me dapat call dari makcik bahawa pakcik hubby yang dipanggil Ateh Helen akan menjalani dialisis kerana kegagalan buah pinggangnya berfungsi dengan baik. Setengah jam kemudian, me dapat call semula yang Ateh Helen dah tidak sedarkan diri kerana jantungnya terhenti ketika menjalani dialisis tersebut. Me dengan hubby bergegas ke HUKM dan sampai di sana jam 7pm.. Ketika sampai di wad, me tgk nurse tengah bantu Ateh bernafas dengan mengepam oksigen. Nampak keadaannya agak lemah. Menurut nurse tersebut, Ateh akan dipindahkan ke wad ICU.

Jam 7.30pm (lebih kurang laa), Ateh dipindahkan ke wad ICU di tingkat 2. Hampir 2jam kami menunggu di luar wad. Lebih kurang jam 9.30pm, doktor memanggil isteri dan anak Ateh. Tak lama kemudian, makteh keluar dan doktor menyatakan Ateh tiada harapan untuk sembuh dan meminta kami berdoa semoga dipermudahkan segalanya. Kami bergilir-gilir masuk ke wad untuk membacakan Yassin. Lebih kurang jam 10.45 me dan hubby mohon beransur balik kerana telah lama di situ dan kepenatan. Sampai di perkarangan hospital, kami berborak dulu dengan pakngah. Tidak lama kemudian, pakngah menerima sms yang berbunyi dari nombor yang tidak dikenali "Naik sekarang!". Hubby call no tersebut dan sepupu hubby yang jawab memaklumkan Ateh sudah nazak. Kami bergegas naik dan sampai di tangga nak ke wad hubby dapat call menyatakan Ateh telah tiada. Terduduk hubby dan dia menangis. Me menenangkan hubby dan mengajak beliau naik dahulu.

Sampai di wad, suasana pilu menyelubungi semua ahli keluarga dan me dapat rasakan kehilangan yang betul-betul menyentap jiwa semua. Aku bergegas masuk untuk melihat jenazah. Air mata tidak henti2 mengalir dan kehilangan ini betul2 dirasai. Me menelefon ibu mertua memaklumkan berita tersebut. Kami meminta diri untuk pulang ketika jam hampir menunjukkan 12.00pagi. Jam 4.00 kami bertolak balik ke kampung di Rembau untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah. Alhamdulillah jenazah selamat dikebumikan sebelum Zohor. Me dapatkan surat kematian Allahyarham dan sebab-sebab kematian adalah "Advanced Pancreatic Carcinoma with complication". Memang itu yang kami sangkakan dari awal lagi.

Ada suatu perkara yang sangat benar dan semua orang tahu dan beriman bahawa ia benar namun terlalu ramai orang yang mendustakannya setelah beriman dengan kebenarannya. Apa dia?? Itulah dia MATI. Kalau kita beriman dengan benarnya kematian, sudah tentu kita amat takut untuk melakukan maksiat malahan membuang masa juga tidak sanggup kita lakukan. Mengapa? Sebab kita tidak tahu bila kita akan mati. Cukupkah bekalan kita untuk ke akhirat nanti. Apa kita nak jawab di hadapan Tuhan dengan seciput bekalan yang kita bawa?? Bayangkan pula kalau mati menemui kita sewaktu kita sedang sedap melakukan maksiat dan membuang masa. Nak jawab apa depan kamera Tuhan?? Na'uzubillahi min zalik.

Harapnya kita tidak tergolong di kalangan orang yang mendustakan MATI. Kalau sudah dibangkitkan kelak, kita sudah tiada peluang lagi untuk kembali ke dunia.

Semoga roh arwah Helen bin Md Jusoh aman di sana dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..Amin..

Related Posts with Thumbnails